MANILA – Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu. Langkah itu diambil susulan peningkatan aktiviti gunung berapi yang mendorong pihak berkuasa bertindak pantas bagi melindungi penduduk daripada bahaya risiko. Pada 9 Disember lalu, Kanlaon, yang terletak di sempadan Wilayah Negros Oriental dan Negros Occidental di Pulau Negros, Filipina tengah, meletus dengan menghamburkan kepulan besar abu yang menjulang lebih 4,000 meter ke udara. Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di Wilayah Visayas Barat Raul…
Read MoreYear: 2024
Media Hari Ini Isnin 16.12.2024
Mengaku bincang tetapi belum ada keputusan
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan perbincangan seperti disebut oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR tetapi belum memutuskan mengenai keahlian mana-mana parti. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu juga menegaskan dalam perbincangan awal ini tidak ada dibincangkan jawatan di peringkat negeri mahu pun pilihan raya kecil (PRK) . Beliau yang terkejut dengan reaksi kepemimpinan UMNO berkata, beliau berpegang kepada prinsip apabila membuat sesuatu keputusan hendaklah membuatnya dengan penuh adab dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti. Berikut kenyataan Tengku Zafrul Tengku…
Read MoreMenteri beri amaran, tambang feri baharu batal
LANGKAWI 15 Dis. – Selepas diberi amaran oleh Kementerian Pengangkutan, syarikat Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) menarik balik sebahagian ketetapan kenaikan tambang feri ke pulau ini, mulai 1 Januari ini. Pengurus Besar Ferry Line, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata terkini pihaknya mengambil keputusan membatalkan hasrat menaikkan tambang feri bagi warganegara seperti diumumkan pagi tadi. Keputusan itu dibuat enam selepas pengumuman kenaikan kadar tambang perkhidmatan Feri Line bagi setiap perjalanan ulang-alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi yang dinaikkan di antara RM3 dan RM10.50 bermula 1 Januari…
Read MorePKR terbuka kepada mana-mana pemimpin
SHAH ALAM 15 Dis. – PKR terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain termasuk UMNO tidak terjejas. Justeru Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR. “Kita tidak menafikan dan tidak pernah mengajak orang, tetapi kita sedia bincang dan parti ini terbuka… orang yang bekas UMNO pun ada dalam Keadilan. Sekarang ini ada perbincangan awal… perbincangan dulu… prinsipnya…
Read MoreBerita pilihan…
Presiden Korea Selatan terus berikrar
SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang menghadapi usul pemecatannya berikrar akan terus melakukan yang terbaik untuk negaranya hingga ke penamat. Ucapan awam itu dirakam di kediamannya di Seoul dan disiarkan selepas Parlimen meluluskan usul pemecatan terhadapnya semalam (Sabtu) berikutan pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal. Suk Yeol turut menyeru penjawat awam agar kekal menjalankan tugas di bawah pimpinan Perdana Menteri Han Duck-Soo, yang bakal bertindak sebagai pemangku Presiden. Beliau juga menggesa komuniti politik untuk mengelak daripada amalan yang melulu dan bersifat konfrontasi serta berusaha meningkatkan budaya politik negara.…
Read MoreBekas pemain bola Presiden Georgia
TBILISI – Parlimen Georgia melantik bekas pemain bola sepak Manchester City, Mikheil Kavelashvili sebagai Presiden selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan. Bekas pemain bola sepak yang berusia 53 tahun itu adalah bekas Ahli Parlimen daripada Parti Georgian Dream yang semakin berkuasa dan satu-satunya calon untuk jawatan Presiden Georgia. Beliau menang mudah undi yang diberikan oleh Parti Georgian Dream untuk menguasai Parlimen yang mempunyai 300 kerusi. Kavelashvili menyertai Manchester City dari kelab Georgia, Dinamo Tbilisi pada musim 1995-96 dan menjaringkan tiga gol dalam 28 penampilan untuk kelab…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 15.12.2024
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
JOHOR BAHRU 14 Dis. – Seorang warga emas mengalami kerugian RM1,590,800 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Johor M. Kumar. Beliau berkata lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah terlihat iklan pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan pada Oktober lepas dan telah menekan pautan yang diberikan bagi mendapatkan maklumat lanjut. Katanya, mangsa telah ditawarkan keuntungan hingga 40 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat dalam masa 10 minit. “Percaya dengan keuntungan yang dijanjikan, antara November hingga awal Disember lepas mangsa telah membuat pembayaran…
Read More