Menteri beri amaran, tambang feri baharu batal

LANGKAWI 15 Dis. – Selepas diberi amaran oleh Kementerian Pengangkutan, syarikat Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) menarik balik sebahagian ketetapan kenaikan tambang feri ke pulau ini, mulai 1 Januari ini.

Pengurus Besar Ferry Line, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata terkini pihaknya mengambil keputusan membatalkan hasrat menaikkan tambang feri bagi warganegara seperti diumumkan pagi tadi.

Keputusan itu dibuat enam selepas pengumuman kenaikan kadar tambang perkhidmatan Feri Line bagi setiap perjalanan ulang-alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi yang dinaikkan di antara RM3 dan RM10.50 bermula 1 Januari ini.

Susulan pengumuman itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi amaran mana-mana pengusaha feri yang menaikkan kadar tambang untuk warga tempatan dan pelancong domestik tidak layak menerima subsidi diesel.

Menterinya, Anthony Loke, yang kesal dengan tindakan terburu-buru pengusaha feri  itu berkata, MOT baharu mendapat kelulusan prinsip dari Kementerian Kewangan (MOF), Jumaat lalu untuk memberi bantuan subsidi diesel kepada pengusaha feri di pulau-pulau utama di seluruh negara termasuk Langkawi bermula 1 Januari depan.

“Saya memberi amaran kepada mana-mana pengusaha feri bahawa mereka tidak akan layak menerima subsidi diesel sekiranya mereka meneruskan tindakan menaikkan kadar tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik .

Adalah lebih baik semua pengusaha menarik balik pengumuman ini serta merta dan berunding dengan pihak Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Norhafiz berkata, atas nasihat MOT dan kerajaan negeri,  kenaikan tambang bagi warganegara mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan sementara kenaikan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Norhafiz berkata, bagi pelancong dewasa bukan warganegara, perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi RM27 dinaikkan RM8 menjadi RM35, manakala dari Kuala Kedah ke Langkawi RM34.50 dinaikkan RM10.50 menjadi RM45.

Kadar tambang kanak-kanak untuk kategori sama bagi laluan Kuala Perlis ke Langkawi harga asal RM19.50 dinaikkan RM5.50 menjadi RM25, manakala perjalanan Kuala Kedah ke Langkawi RM25.50 naik RM6.50 menjadi RM32.

Mengikut cadangan awal, bagi pelancong warganegara, perjalanan sehala dari Kuala Perlis ke Langkawi, harga asal RM21 untuk dewasa dinaikkan RM3 menjadi RM24, manakala kanak-kanak pula RM16 dinaikkan dengan kadar sama menjadi RM19.

Kadar tambang laluan Kuala Kedah ke Langkawi, dari RM26.50 dinaikkan RM3.50 menjadi RM30 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM20.50 dinaikkan dengan kadar sama menjadi RM24.

Sementara untuk penduduk Langkawi, kadar tambang asal dewasa RM15 dinaikkan RM3 menjadi RM18 untuk perjalanan Kuala Perlis ke Langkawi, kanak-kanak RM10 naik RM3 menjadi RM13.

Kategori sama bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi harga asal RM20 naik RM3.50 menjadi jadi RM23.50, manakala kanak-kanak dari RM14 naik RM3.50 jadi RM17.50,” katanya.

Manakala, tambang untuk warga emas dan orang kurang upaya masing-masing kekal RM13 dan RM17 bagi perjalanan Kuala Perlis ke Langkawi, manakala RM10 dan RM14 bagi Kuala Kedah ke Langkawi.

Nnn

Foto carta cadangan tambang baharu feri yang ditarik balik

Related posts

Leave a Comment