KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kerajaan belum memutuskan kadar tarif elektrik baharu yang dijangka dilaksanakan mulai Julai 2025 di bawah pelaksanaan Tempoh Kawal Selia 4 (RP4). Ketua Pegawai Kewangan (Divisyen Kewangan Kumpulan) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Nazmi Othman berkata, keputusan mengenai jadual tarif elektrik baharu itu dijangka diputuskan kerajaan selewat-lewatnya Jun depan. Justeru, sehingga dimuktamadkan, jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa tanpa perubahan. Beliau berkata, pada masa ini, kerajaan sedang dalam proses kajian semula untuk memuktamadkan jadual tarif baharu. Kerajaan mempunyai masa yang…
Read MoreDay: December 27, 2024
Hukuman di khalayak patuhi prinsip keadilan Islam
KUALA TERENGGANU 27 Dis. – – Hukuman enam sebatan ke atas seorang tukang rumah yang didapati bersalah berkhalwat berulang yang dilaksanakan di khalayak ramai berjalan lancar dengan penuh tertib dan mematuhi prinsip keadilan Islam. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata hukuman itu bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya satu bentuk pendidikan, pengajaran dan pencegahan kepada masyarakat supaya lebih dekat dengan nilai Islam. Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau berkata, kerajaan negeri akan kekal komited menjunjung amanah bagi memastikan segala dilakukan selaras dengan syariat Allah dan undang-undang negara. “Kita merakamkan…
Read MoreMiki; Diambang ketimbang Tahun 25
Festival LED dihentikan serta merta
TANGKAK 27 Dis. – Festival Lampu LED di sini, yang mempamerkan struktur replika roket yang tertera bendera China, dihentikan serta-merta selepas diarah berbuat demikian oleh Majlis Daerah Tangkak (MDT). MDT dalam kenyataannya berkata, satu notis arahan pemberhentian operasi serta-merta dikeluarkan kepada pihak berkenaan yang mengadakan festival itu di pekarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir. Malah, struktur roket tertera bendera China itu juga sudah diturunkan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan susulan aduan penduduk. MDT menerima aduan berkaitan tindakan penganjur yang mendirikan struktur berbentuk kapal angkasa/roket yang memaparkan pelekat bendera China di…
Read MoreBerita pilihan…
ISTANBUL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 50,000 pelarian telah pulang ke Syria dari negara jiran dalam tempoh tiga minggu susulan kejatuhan rejim Assad 8 Disember lalu. Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi menerusi hantaran di platform X menyatakan bahawa bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka “meningkat perlahan-lahan.” Bagaimanapun katanya, keadaan material di Syria masih teruk dan lebih banyak bantuan kemanusiaan dan pemulihan perlu disalurkan kepada mereka yang pulang dan semua pihak yang memerlukan. Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia…
Read MoreTerusan itu milik Panama – Mulino
PANAMA – “Tiada apa-apa lagi untuk dibincangkan,” tegas Presiden Panama, Jose Raul Mulino, semalam yang menolak rundingan dengan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai kawalan Terusan Panama. Beliau yang turut menafikan China campur tangan dalam operasinya berkata, terusan itu adalah milik Panama dan milik rakyat Panama. “Tiada kemungkinan untuk membuka apa-apa jenis perbualan mengenai realiti ini yang mengakibatkan darah, peluh dan air mata negara itu terkorban,” katanya pada sidang akhbar. Rabu lalu, Trump menulis di Truth Social mendakwa tanpa bukti, bahawa askar China “Dengan penuh kasih sayang, tetapi…
Read MorePelarian beransur pulang ke Syria

Read More