ISTANBUL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 50,000 pelarian telah pulang ke Syria dari negara jiran dalam tempoh tiga minggu susulan kejatuhan rejim Assad 8 Disember lalu.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian Filippo Grandi menerusi hantaran di platform X menyatakan bahawa bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka “meningkat perlahan-lahan.”
Bagaimanapun katanya, keadaan material di Syria masih teruk dan lebih banyak bantuan kemanusiaan dan pemulihan perlu disalurkan kepada mereka yang pulang dan semua pihak yang memerlukan.
Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim mengambil alih ibu kota Damsyik, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.
Pengambilalihan itu berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham (HTS) menawan bandar utama dalam satu serangan kilat yang berlangsung kurang dari dua minggu.
Nnn
