PUTRAJAYA 20 Dis. – Kerajaan melanjutkan pengecualian visa bagi warga negara India sehingga 31 Disember 2026, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Awang Alik Jeman. Beliau berkata, lanjutan itu susulan kepengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 dan persediaan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026 “Terdahulu kerajaan turut memberikan pelanjutan pengecualian visa kepada tarikh yang sama kepada warga negara China. “Pelan Liberalisasi Visa diwujudkan oleh kerajaan bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Awang Alik berkata, salah satu…
Read MoreDay: December 20, 2024
14 barang di bawah SHMMP Krismas 2024
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Mulai Isnin ini, sebanyak 14 barang keperluan diletakkan di bawah penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 selama lima hari. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Mohd Ali, berkata barang berkenaan turut meliputi barang tertentu khusus untuk Sabah, Sarawak dan Labuan Katanya, 14 barang itu meliputi ayam tua hidup (di Sarawak sahaja), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang…
Read MoreFeri, bot penumpang nikmati subsidi diesel
PUTRAJAYA: Pengusaha feri dan bot penumpang, termasuk perkhidmatan feri RORO di pulau utama negara bakal menikmati subsidi diesel berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata kira-kira 40 pengusaha perkhidmatan itu akan menikmati subsidi bahan bakar berkenaan pada harga siling ditetapkan RM2.50 seliter dengan kadar maksimum subsidi sebanyak 50 sen seliter. Katanya, subsidi diesel itu akan dinikmati pengusaha di laluan strategik perkhidmatan seperti Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Pinang. “Pemberian subsidi ini adalah sejajar…
Read MoreSKM salur bantuan banjir RM580,000
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan bantuan bernilai RM580,000 kepada mangsa banjir di tujuh negeri membabitkan bakul makanan, toto dan kit pembersihan berdasarkan keperluan di kawasan terjejas. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ramanan Ramakrishnan, berkata pelbagai misi bantuan telah digerakkan ke Kelantan, Perak, Johor, Kedah, Melaka, Perlis dan Terengganu melalui inisiatif Skuad Ihsan MADANI SKM Prihatin dan Gerakan Koperasi Beliau berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SKM komited untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara. Daripada jumlah peruntukan tersebut, negeri Kelantan merupakan negeri…
Read MorePelan integrasi dua bekas tahanan
KUALA LUMPUR 20 Dis. – Sebuah pelan integrasi yang komprehensif akan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan kedua-dua rakyat Malaysia yang diserahkan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini selepas ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo di Cuba sejak 18 tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail melalui hantaran di Facebooknya berkata, pelan ini dirancang untuk memastikan pemulihan yang menyeluruh dan membolehkan individu berintegrasi semula ke dalam masyarakat. Katanya, Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yang prihatin dan ihsan akan kebajikan dua-duanya menyusun program melalui tiga fasa utama yang setiap satunya menitikberatkan keseimbangan antara pemulihan…
Read MoreBerita pilihan…
Ukraine bakal terima pakej ketenteraan
BRUSSELS – Ukraine akan menerima pakej bantuan ketenteraan baharu dari Britain bernilai 225 juta pound (RM1.27 bilion) pada tahun depan termasuk bantuan dron, bot, dan sistem pertahanan udara. Langkah tersebut dibuat selepas Menteri Pertahanan Britain, John Healey, melawat Kyiv bagi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Rustem Umerov dan berikrar untuk meningkatkan sokongan kepada Ukraine. Katanya, tiga tahun selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine, kesilapan besar beliau semakin jelas apabila rakyat Ukraine yang berani terus menongkah arus dengan semangat mereka yang tidak tergugat. Julai lalu,…
Read MoreAzerbaijan anggota baharu D-8
BAKU – Azerbaijan kini menjadi anggota terbaharu Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), selepas dipilih menyertai kumpulan berkenaan pada Sidang Kemuncak ke-11 D-8 yang berlangsung di Kaherah, Mesir. Menurut kenyataan Kementerian Luar Azerbaijan, buat kali pertama sejak penubuhannya, D-8 telah berkembang dengan menerima anggota baharu. Kenyataan itu berkata, keahlian Baku dalam D-8 sebagai “contoh jelas” pengaruh Azerbaijan di peringkat antarabangsa dan kepercayaan dunia terhadap negara ini yang semakin meningkat. Menggelar D-8 sebagai “Islamic Eight,” kenyataan itu menyerlahkan potensi ekonomi blok berkenaan yang dihuni oleh “60 peratus umat Islam dunia.” Kenyataan itu…
Read More