KUALA LUMPUR 18 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), menyarankan institusi media menubuhkan koperasi masing-masing sebagai salah satu platform bagi menjana sumber pendapatan.. Pengerusinya, Leftenan Jeneral (B) Ahmad Norihan Jalal berkata, SKM sedia membantu media dari segi pengurusan koperasi dan menjadikannya sebagai wadah perniagaan. Beliau berkata, dengan adanya koperasi sekurang-kurangnya dapat mengeratkan persahabatan yang ada semasa bekerja sebagai pengamal media. “Apabila kita berhenti maka (koperasi) ini menjadi satu platform untuk kita menjana pendapatan,” katanya pada program Meet and Greet – SKM X Media 2024 di sebuah hotel di sini yang…
Read MoreDay: December 18, 2024
Berita pilihan…
Mahu kekal di Gunung Hermon
BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan pihaknya akan kekal di Gunung Hermon, salah satu lokasi strategik yang bersempadan dengan Syria. Dalam satu kenyataan selepas taklimat di puncak gunung itu, Netanyahu berkata, pihaknya akan kekal di situ sehingga penyelesaian lain ditemui yang dapat memastikan keselamatan Israel. Ahad lalu, Israel berjanji menggandakan jumlah penduduknya di Dataran Tinggi Golan yang diduduki, sambil mendakwa ancaman dari Syria masih wujud meskipun pemimpin pemberontak yang menggulingkan Presiden Bashar al-Assad minggu lalu bersikap lebih ‘sederhana.’ Terdahulu, Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap aset ketenteraan…
Read MoreKubur besar muat ribuan mayat
DAMSYIK – Sebuah kubur besar yang mampu memuatkan ribuan mayat ditemukan di al-Qutayfah kira-kira 40 kilometer (km) di di luar ibu kota Syria. Kubur itu adalah antara antara beberapa kubur besar yang dikenal pasti di seluruh negara selepas penggulingan pemerintahan beberapa dekad keluarga al-Assad. Sebanyak 12 kubur besar turut ditemui di selatan Syria dan di satu kawasan, sekurang-kurangnya 22 mayat termasuk wanita dan kanak-kanak ditemui dengan kesan penyeksaan dan tanda hukuman mati. Al-Assad yang mengambil alih pemerintahan daripada bapanya, Hafez sebagai presiden yang meninggal dunia pada 2000, didakwa membunuh ratusan…
Read More