PUTRAJAYA 2 Dis. – Tindakan Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM), menyita akaun bank milik Parti Bersatu dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya. Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, akaun bank berkenaan adalah ‘subject matter’ dan tidak akan dilepaskan sehingga selesai perbicaraan. “Sitaan akaun bank Bersatu adalah tertakluk kepada Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLAFTPUAA) 2001. “Seksyen 50(1) adalah berkenaan dengan ‘Penyitaan harta alih dalam institusi kewangan’ dan dalam kes…
Read MoreDay: December 2, 2024
MB kekal Pengerusi PH Selangor
SHAH ALAM 2 Dis. – Mesyuarat Agung Tahunan Pakatan Harapan (PH) Selangor semalam mengekalkan Menteri Besar Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025. Jawatan Timbalan Pengerusi 1 disandang Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han manakala Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Timbalan Pengerusi 2. Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan memberitahu, mesyuarat tersebut dihadiri 450 perwakilan daripada PKR, DAP dan Amanah. Katanya, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025, diluluskan secara sebulat suara. Berikut…
Read MoreBeli terus lebih murah berbanding rawat
KUALA LUMPUR 2 Dis. – Kos untuk Malaysia merawat sendiri air mentah adalah lebih tinggi, iaitu sekitar 1.80 sen bagi setiap meter padu berbanding sekiranya dibeli terus daripada Singapura, sekitar 11 sen bagi setiap meter padu. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ini menunjukkan ada timbal balik positif dalam Perjanjian Air Sungai Johor yang dimulakan pada 1962. “Harga ditetapkan bagi membeli air terawat daripada Singapura adalah 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Dalam isu air terawat ini, dahulu kita janji beli lima juta gelen…
Read MoreTiada calon SPM terjejas akibat banjir
PASIR MAS 2 Dis. – Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir berjaya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang bermula hari ini, selepas operasi memindahkan mereka selesai sepenuhnya semalam. Menteri Pendidikan , Fadhlina Sidek berkata semua calon termasuk yang terperangkap diselamatkan pelbagai agensi tanpa ada yang tercicir dan mereka kini ditempatkan di asrama dengan diberi kemudahan terbaik. “Alhamdulillah semua calon SPM kita berjaya pindahkan ke tempat selamat iaitu ke asrama menerusi Op Payung dengan bantuan pelbagai agensi. “Semua calon yang ditempatkan di asrama diberi kemudahan terbaik termasuk…
Read MoreBerita pilihan…
Pemberontak tawan Aleppo
BEIRUT – Pasukan keselamatan kerajaan kehilangan kawalan ke atas bandar kedua terbesar Syria, Aleppo,semalam (Ahad), kali pertama sejak konflik saudara bermula. Serangan pantas gabungan pemberontak yang dikuasai oleh golongan pejuang Islam itu memberikan tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad. Gabungan pemberontak melancarkan serangan ke atas pasukan kerajaan yang disokong Iran dan Russia pada hari Rabu, hari yang sama gencatan senjata berkuat kuasa di Lubnan antara Israel dan Hizbullah. Kumpulan jihad Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dan puak bersekutu berkata, mereka kini “menguasai bandar Aleppo, kecuali kawasan kejiranan yang dikawal oleh pasukan…
Read MoreUNRWA henti sementara hantar bantuan
GAZA – Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menghentikan sementara penghantaran bantuan melalui lintasan Kerem Shalom, laluan utama untuk bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza. Dalam kenyataannya, UNRWA mengambil keputusan itu disebabkan risiko keselamatan yang berterusan sepanjang laluan itu di mana pada 16 November konvoi besar trak bantuan dirompak kumpulan bersenjata dan beberapa trak makanan turut dilarikan. “Tanggungjawab untuk melindungi pekerja bantuan dan bekalan terletak pada Israel sebagai kuasa pendudukan. Mereka mesti memastikan aliran bantuan memasuki Gaza dengan selamat,” katanya. Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe…
Read More