,
Read MoreMonth: November 2024
Malaysia kesal resolusi gagal lagi
PUTRAJAYA 21 Nov. – Malaysia menyatakan kekesalan apabila Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal menerima pakai satu resolusi mengenakan gencatan senjata dan memudahcara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, resolusi berkenaan mendapat sokongan majoriti anggota Majlis Keselamatan PBB tetapi digagalkan melalui penggunaan kuasa veto oleh Amerika Syarikat (AS). Katanya, penggunaan kuasa veto sekaligus mematahkan harapan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan jenayah genosid di Gaza sekaligus menjejaskan usaha berterusan untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis ini. “Malaysia menggesa agar Majlis Keselamatan…
Read MoreBerita pilihan…
Israel tidak boleh guna syarat gencatan
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan Israel tidak boleh mengenakan syarat untuk gencatan senjata di Lubnan. Beliau menegaskan demikian dalam ucapan balasnya mengenai hasrat regim Zionis itu yang mahu jaminan pasukannya diberi kebebasan bertindak terhadap pergerakan itu. Menteri Luar Israel, Gideon Saar, mengeluarkan kenyataan terlebih dahulu, mengatakan sebarang perjanjian gencatan senjata harus berpihak kepada Israel yang mahu tenteranya mempunyai ‘kebebasan bertindak’ terhadap Hizbullah. Pada masa sama, Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein sedang menuju ke Israel dalam usahanya berunding menamatkan perang. Hochstein, yang berada di Beirut, memaklumkan hasratnya untuk…
Read MoreDeraf resolusi UNSC, AS guna kuasa veto
NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menggunakan kuasa vetonya terhadap satu deraf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu yang menggesa gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di Semenanjung Gaza. Sebelum ini, telah tiga kali AS menggunakan kuasa veto terhadap deraf resolusi UNSC yang menyeru gencatan senjata segera di Gaza pada Oktober 2023, Disember 2023, dan Februari, selain berkecuali dalam beberapa undian resolusi lain. Resolusi itu turut menekankan krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza dan meminta ‘akses segera oleh penduduk awam di Semenanjung Gaza…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 21.11.2024
Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari baca lebih 7,000 hadis
PUTRAJAYA 20 Nov. – Lebih 7,000 hadis selesai dibaca pada Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 petang semalam, menjelang majlis khatam yang akan berlangsung pada malam ini. Majlis bacaan hadis Al-Bukhari yang berlangsung di Dewan Solat Masjid Putra itu bermula 11 November lalu, selepas perasmian pada hari sebelumnya dan ia selesai dibaca lebih awal berbanding jadual asal berakhir pada sesi pagi ini. Berikutan itu, program terakhir hari ini hanya akan bermula pukul 3 petang bagi pendaftaran disusuli solat Asar , bacaan maulid dan empat tausiyah. Yang Dipertua Yayasan Dakwah…
Read MoreLesen vape tidak diperbaharui
KUALA TERENGGANU 20 Nov. – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak akan memperbaharui lesen penjualan vape atau rokok elektronik, kata Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan dan PBT dalam proses tidak memperbaharui lesen penjualan vape yang bertujuan menjaga maslahah umum terutama golongan muda. “Mengikut bidang kuasa PBT, kerajaan negeri berkuasa untuk tidak membenarkan premis digunakan sebagai tempat penjualan vape,” katanya ketika ditemui selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, hari ini. Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan…
Read MoreSoket tiga pin, USB dalam bas dilarang
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Orang ramai tidak dibenarkan mengguna soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas susulan laporan awal mendapati pendawaian tidak teratur pada perkakas itu punca seorang remaja maut direnjat elektrik. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan yang remaja maut direnjat elektrik ketika mengecas telefon menggunakan pengecas USB dalam bas dinaikinya. Justeru, beliau berkata, tindakan segera diambil dengan mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengendali bas pada 6 November lalu untuk menghentikan penggunaan semua soket terbabit dalam bas dengan serta-merta. “Jadi sementara ini kita larang semua…
Read MoreKerajaan Perpaduan gred D, Ismail PM terbaik
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Bersih menilai kerajaan perpaduan dengan gred ‘D’ mengambil kira prestasi sejak dua tahun pembentukannya, selain meletakkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri terbaik, sejak 2009. Pengerusi Faisal Abdul Aziz seperti dilaporkan portal FMT berkata gred diterima kerajaan perpaduan mencerminkan kemajuan terhad melaksanakan reformasi, serta jurang antara retorik dan tindakan. “Kami percaya kerajaan gabungan pasca pilihan raya bukan alasan meninggalkan semua reformasi dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). “Ini mengambil kira terdapat empat janji utama dalam kedua-dua manifesto BN dan PH –…
Read More