SEPANG 27 Nov. – Giliran Dr Muhamad Akmal Saleh pula meminta Kerajaan Perpaduan menukar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tiong King Sing dengan orang lain yang lebih layak.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tampil mengemukakan cadangan itu susulan kontroversi yang ditimbulkan oleh King Sing berkait papan tanda dwibahasa serta permohonan maaf kepada pelancong China dan
“Saya mohon YAB PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) tukarlah menteri ni kepada orang yang jauh lebih layak,baik lagi ambil MP (Ahli Parlimen) Jelutong jadi menteri perlancongan lah!!!,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub menyarankan King Sing ditukar
Muhammad Akmal mengeluarkan kenyataan itu sebagai reaksi balas terhadap penjelasan King Sing semalam yang pada masa sama merujuk kenyataan beliau serta Mas Ermieyati dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
King Sing di samping menjelaskan isu berkenaan turut meminta Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO supaya tidak terus-menerus mencetuskan isu perkauman, seperti yang berlaku semasa pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.
“Kepada YB Dr Muhammad Akmal selaku Exco Melaka, saya juga ingin tahunapa yang telah dilakukan beliau untuk rakyat Melaka??
“Fikir dan renungkanlah apa yang sudah anda lakukan. Adakah rakyat menerimanya? Anda hanya memalukan parti anda sendiri. Cukuplah. Kenyataan beliau boleh menyebabkan ketegangan dalam kalangan rakyat serta menjejaskan momentum perpaduan yang sangat penting untuk kestabilan politik dan kemajuan negara,” kata King Sing.
Susulan itu Muhammad Akmal hari ini tampil menyenaraikan apa yang dilakukannya dan mempelawa King Sing berkunjung ke Melaka berjumpa dengannya ataupun rakyat Melaka untuk mengetahui lebih lanjut.
“Ini antara yang saya senaraikan dahulu untuk menteri baca, kalau nak senaraikan semua takut menteri jadi pening,kalau nak tahu lebih lanjut,menteri boleh datang ke Melaka jumpa dengan saya ataupun jumpa dengan rakyat Melaka.
Ataupun jika menteri terlalu malas,boleh jer tengok di media sosial apa yang telah saya lakukan sepanjang tiga tahun menjadi exco. Kalau nak lebih baik,saya cabar menteri untuk berdebat secara terbuka tentang kenyataan menteri terhadap papan tanda boleh???
“Kamu yang keluarkan kenyataan yang berbaur perkauman lepas tu nak salahkan orang lain yang perkauman pula. Tuduh saya memalukan parti saya apabila lawan apa yang kamu katakan?
Kau tu yang memalukan negara jadi menteri pun masih tidak boleh faham sensitiviti rakyat Malaysia dan berbahasa Melayu dengan baik,” kata Muhammad Akmal.
Berikut polisi yang Akmal lakukan sepanjang tiga tahun menjadi exco kerajaan negeri
1. Melaka menjadi negeri pertama ada perkhidmatan close care to u, yang mana perkhidmatan penjagaan luka dan tukar tiub makanan di rumah secara percuma untuk rakyat b40 yang terlantar sakit
2. Melaka menjadi antara negeri pertama yang menawarkan ambulans percuma kepada golongan b40 untuk membawa mereka ke rawatan susulan di hospital dalam dan luar negeri Melaka
3. Melaka telah mempunyai polisi yang mewajibkan setiap pusat tumpuan orang ramai mesti menyediakan AED semasa saya menjadi exco kesihatan
4. Melaka negeri pertama yang akan mempunyai sukarelawan perubatan di setiap kampung yang dikenali sebagai paramedik komuniti
5. Melaka antara negeri yang menyediakan saringan perkhidmatan kesihatan secara percuma di klinik swasta dan dilakukan ketika saya menjadi exco
6. Melaka negeri pertama yang mempunyai ladang benih padi sendiri untuk kegunaan pesawah di dalam negeri Melaka
7. Masalah pengairan sawah di bukit rambai selesai setelah tertangguh beberapa tahun lamanya
8. Masalah tanah orang asli selesai setelah beberapa tahun lamanya
9. Skim perumahan nelayan di kuala linggi selesai setelah beberapa tahun lamanya
10. Melaka mempunyai program melon to million yang memberi latihan kepada pertanian secara percuma
11. Melaka mendapat satu lagi taman kekal pengeluaran makanan.
Nnn
