ATHENS – Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan pejabatnya memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap ketua junta Myanmar berhubung pengusiran dan penganiayaan terhadap umat Islam Rohingya. Karim Khan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan penyiasatan secara menyeluruh, bebas dan tidak berat sebelah. “Terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Jeneral Kanan dan Pemangku Presiden Min Aung Hlaing, Panglima Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, memikul tanggungjawab jenayah bagi jenayah terhadap kemanusiaan pengusiran dan penganiayaan terhadap Rohingya yang dilakukan di Myanmar, dan sebahagiannya di Bangladesh,” katanya. Menurut pendakwa raya, jenayah itu dilakukan antara…
Read MoreDay: November 27, 2024
Mas Ermieyati jawab pencapaian di MOTAC
SEPANG 27 Nov. – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin memberikan fakta kedatangan pelancong semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Pelancongan sejak 2015 hingga 2018, di bawah pentadbiran Najib Razak. Tindakan itu sebagai membalas kritikan dan menjawab soalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Tiong King Sing yang mempersoalkan pencapaiannya sebagai timbalan menteri di kementerian itu. Melalui video di media sosial, Mas Ermieyati membandingkan jumlah ketibaan pelancong, termasuk dari China, dalam tempoh empat tahun beliau di kementerian itu dengan angka setakat tahun ini di bawah King Sing sebagai menteri. Katanya,…
Read MoreVaksin : 8 saman kerajaan, WHO RM60 juta
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Lapan individu termasuk doktor memfailkan saman RM60 juta terhadap kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendakwa vaksinasi Covid-19 telah menyebabkan kematian dan komplikasi yang teruk. Tuntutan saman sivil itu dikemukakan terhadap 25 defendan melalui tindakan saman berkumpulan difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Mohamad Zainuddin & Co pada 23 Oktober lalu. Antara plaintif, seorang doktor mewakili ibunya yang didakwa meninggal dunia kerana mengalami komplikasi selepas mengambil vaksin dos satu, selain seorang anak lelaki sulung sebagai waris bapanya yang didakwa meninggal dunia atas sebab sama. Individu…
Read MoreAkmal ajak King Sing berdebat
SEPANG 27 Nov. – Giliran Dr Muhamad Akmal Saleh pula meminta Kerajaan Perpaduan menukar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tiong King Sing dengan orang lain yang lebih layak. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tampil mengemukakan cadangan itu susulan kontroversi yang ditimbulkan oleh King Sing berkait papan tanda dwibahasa serta permohonan maaf kepada pelancong China dan “Saya mohon YAB PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) tukarlah menteri ni kepada orang yang jauh lebih layak,baik lagi ambil MP (Ahli Parlimen) Jelutong jadi menteri perlancongan lah!!!,” katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini Ahli…
Read MoreBuli: Lima pegawai kadet UPNM diberhentikan
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Lima pegawai kadet dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam tiga kes buli di universiti berkenaan ditamatkan pengajian selepas dicadangkan oleh Akademi Latihan Ketenteraan (ALK). Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, berkata, Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang semalam bersetuju menerima syor ALK itu. Katanya, pegawai kadet terbabit juga diwajibkan membayar pampasan kepada kerajaan berdasarkan jumlah perbelanjaan yang telah ditanggung sepanjang tempoh pengajian mereka. Menurut Mohamed Khalid, ALK mengesyorkan tindakan termasuk pembatalan pelantikan sebagai Pegawai Kadet (PK), pemberhentian kerja daripada perkhidmatan Angkatan…
Read MoreBerita pilihan…
Vietnam eksport 8.05 juta tan beras
HANOI – Setakat 15 November lalu, Jabatan Kastam Am merekodkan eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan yang menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion. Data menunjukkan, negara itu mengeksport 293,484 tan beras dalam tempoh separuh pertama November sahaja. Menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, jumlah eksport bagi tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini hampir mencecah 7.8 juta tan bernilai AS$4.86 bilion. Ini menandakan peningkatan sebanyak 10.2 peratus dari segi kuantiti dan 23.4 peratus dari segi nilai berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Filipina kekal sebagai pasaran terbesar Vietnam, yang menyumbang…
Read MoreEU perlu patuhi waran tangkap Netanyahu
ATHENS – Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) perlu memenuhi kewajipan terhadap pelaksanaan undang-undang antarabangsa dengan mematuhi waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Benjamin Netanyahu. Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell mengingatkan bahawa semua negara EU adalah pihak kepada Konvensyen Rom yang mengasaskan ICC. “Anda tidak boleh memilih sesuka hati. Anda tidak boleh menyokong apabila mahkamah bertindak terhadap Putin dan berdiam diri apabila mahkamah bertindak terhadap Netanyahu.”, katanya. Bercakap kepada media di luar sidang pertemuan Menteri Luar G7 di Itali, beliau berkata bahawa dwi-standard akan membawa kepada kritikan teruk terhadap…
Read More