KUALA LUMPUR 25 Nov. – – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini menarik balik penggantungan keahlian UMNO bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, keputusan sebulat suara MKT Itu adalah selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO. Tajuddin yang juga bekas Ahli MKT sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti. Susulan itu, beliau dilapor mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat…
Read MoreDay: November 25, 2024
Agih kerusi ambil kira kekuatan
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Pembahagian kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) perlu dilakukan dengan strategi berhemah. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Arshad Hassni berkata, ia mengambil kira kekuatan dan pengaruh masing-masing di kawasan tertentu. “UMNO dan BN misalnya memiliki peranan penting untuk terus memperkukuhkan sokongan di kawasan majoriti Melayu sebagaimana yang dibuktikan melalui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan Mahkota. Sementara PH komited memastikan kemenangan di Wilayah Persekutuan (WP) dan kawasan lain di mana sokongan pengundi kepada PH masih…
Read MoreKecoh isu bahasa, cadang tukar Menteri MOTAC
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Dewan Rakyat kecoh apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan mengenai kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ketika membangkitkan perkara itu mengakui amat kecewa dan terkejut dengan kenyataan dibuat King Sing yang disiarkan beberapa media itu, selain Chow Yu Hui (PH-Raub) yang turut menyentuh isu sama ketika berbahas hari ini. Malahan sebelum menamatkan ucapan perbahasannya, wakil rakyat Bersatu itu mencadangkan kepada Kerajaan Madani supaya menukar…
Read MoreDua ADUN Bersatu diganti Exco baharu
ARAU 25 Nov. – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada Bersatu digugurkan sebagai Exco manakala tiga ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Exco bagi penggal baharu. Wan Zikri Afthar Ishak (PN Tambun Tulang) digugurkan sebagai Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Wilayah Ekonomi Baharu, Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif negeri. Turut digugurkan, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Pengurusan Bencana, Sains, Teknologi, Inovasi dan Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perpaduan, Megat Hashirat Hassan yang juga ADUN Pauh dan bekas pemangku Ketua Bersatu…
Read MoreAnwar tidak guna dana syarikat swasta
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak menggunakan dana syarikat swasta untuk lawatan kerjanya ke empat negara sebelum ini. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan menggunakan wang kerajaan sepenuhnya bagi menampung kos penerbangan delegasi. “Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS (Malaysia Airlines) untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya. “Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara terbabit untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah…
Read MoreKhidmat feri rugi RM14 juta setahun
TANJONG 25 Nov. – Perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta disebabkan kos perkhidmatan melebihi jumlah kutipan tiket, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari. Beliau berkata meskipun menghadapi kerugian,Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna. “Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri,” kata Zairil pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Beliau berkata antara faktor penyumbang kepada…
Read MoreBerita pilihan…
Greenpeace kritik perjanjian COP29
BAKU – Pertubuhan iklim global, Greenpeace mengkritik perjanjian yang dicapai pada Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , dengan menuduh perunding tunduk kepada kepentingan negara pengeluar minyak. Ketua delegasi Greenpeace mengenai perbincangan COP29, menyifatkan perjanjian agar negara kaya menyediakan AS$300 bilion kepada negara miskin untuk keperluan iklim mereka sebagai “sangat tidak mencukupi”. Justeru beliau dan yang lain akan menantikan COP30, persidangan tahun depan di Belem, Brazil, bagi memperbaiki perjanjian itu. Pakar politik iklim Greenpeace, Tracy Carty berkata matlamat pembiayaan itu tidak memberikan sebarang jaminan pinjaman atau pembiayaan swasta yang akan…
Read MoreAS$1.3 trilion setahun tangani perubahan iklim
BAKU – Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) di Azerbaijan bersetuju untuk menyediakan sekurang-kurangnya AS$1.3 trilion setiap tahun sehingga 2035 bagi membantu negara miskin memerangi perubahan iklim. Sekurang-kurangnya AS$300 bilion akan disalurkan daripada negara yang kebanyakannya negara industri. Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap. Pada masa ini, negara industri yang lama wujud menggerakkan lebih daripada US$100 bilion setiap tahun untuk bantuan iklim. Bagaimanapun, menurut kumpulan pakar bebas PBB, keperluan untuk…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 25.11.2024
Screenshot
Read More