Gobind tewas, Sze Han pengerusi baharu

SHAH ALAM 10 Nov. – Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, gagal meletakkan namanya dalam kelompok 15 teratas untuk jawatankuasa DAP negeri sekaligus tidak layak mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han yang memperoleh undi ketiga tertinggi (1,058) dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baharu menggantikan Menteri Digital itu.

Sze Han sebelum ini adalah Setiausaha DAP Selangor

Dalam pemilihan hari ini, Gobind  yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan hanya memperoleh 675 undi, berbanding 753 undi pada kedudukan ke-15 yang diperoleh Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Ean Yong Hian Wah.

Pada pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2024-2027 itu, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin meraih undi tertinggi iaitu 1,180; Tiew Way Keng 1,155 undi; Ng Sze Han (1,058); ADUN Banting, V Papparaidu (1,028) dan Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau (1,020).

ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pula memperoleh 888 undi; disusuli ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki (846); Lee Fu Haw (841); Ong Chun Wei (831) dan ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (825).

Turut terpilih adalah, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim yang meraih 819 undi diikuti R Rajiv (800), Leong Tuck Chee (795), Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (780) dan Ean Yong Hian Wah (753).

Sementara itu, Ganabatirau yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP dilantik sebagai Timbalan Pengerusi manakala jawatan Naib Pengerusi masing-masing disandang Ng Suee Lim dan Ean Yong Hian Wah.

Pelantikan lain adalah Bee Yin sebagai Setiausaha DAP Selangor dan penolongnya adalah Tuck Chee manakala Jamaliah dilantik sebagai Bendahari DAP negeri dan penolongnya adalah R Rajiv.

Setiausaha Organisasi Negeri adalah Way Keng dan dua penolongnya masing-masing Papparaidu dan  Siew Ki manakala Syahredzan sebagai Pengarah Pendidikan Politik Negeri sementara Chun Wei dan Mei Sze sebagai Ahli Jawatankuasa Negeri.

Nnn

Related posts

Leave a Comment