Gobind tewas, Sze Han pengerusi baharu

SHAH ALAM 10 Nov. – Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, gagal meletakkan namanya dalam kelompok 15 teratas untuk jawatankuasa DAP negeri sekaligus tidak layak mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor. Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han yang memperoleh undi ketiga tertinggi (1,058) dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baharu menggantikan Menteri Digital itu. Sze Han sebelum ini adalah Setiausaha DAP Selangor Dalam pemilihan hari ini, Gobind  yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan hanya memperoleh 675 undi, berbanding 753 undi pada kedudukan ke-15 yang diperoleh…

Read More

DAP Sabah diberi kuasa buat keputusan

SHAH ALAM 10 Nov. – DAP Sabah diberi autonomi untuk membuat keputusan berhubung soal gabungan parti dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata, kelonggaran diberikan kepada jawatankuasa DAP Sabah kerana mereka lebih memahami keadaan politik di negeri itu. “Sudah tentu DAP Sabah lebih memahami, mereka berada dalam kerajaan negeri juga, dan baru semalam saya pergi Labuan, saya pun bersama dengan pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe. Dia pun ada beri penerangan kepada saya berkenaan dengan dinamik dan juga perkembangan politik…

Read More

PRN Sabah boleh diadakan bila-bila masa

KOTA KINABALU 10 Nov. – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 (PRN17) boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang hingga Oktober tahun depan, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor. Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, kerajaan negeri mempunyai tempoh sehingga Oktober 2025 untuk membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan PRN17. “Maknanya, kita boleh adakan pilihan raya bila-bila masa, sebelum atau sehingga tempoh kita tamat. Apa yang pasti, kita akan berdepan pilihan raya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ‘Memperkasa Parti, Memakmurkan Negeri’ pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan…

Read More

PRN17 : Pas ada mekanisme sendiri

BATU PAHAT 10 Nov. – Pas melalui Perikatan Nasional (PN) mempunyai mekanisme tersendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, walaupun tidak disenaraikan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk rundingan kerjasama. Timbalan presidennya,  Tuan Ibrahim Tuan Man, ini termasuk meletakkan calon sendiri bertanding mewakili PN selain menjalin kerjasama dengan parti lain. “Biarlah mereka (GRS) berunding dahulu. Insya Allah kita melalui PN pun ada mekanisme untuk mengadakan perbincangan,” katanya selepas menyampaikan ceramah sempena sambutan Ulang Tahun Ke-70 Pas Johor di Kompleks Pas Sungai Tongkang, di sini, malam tadi. Semalam, Setiausaha…

Read More

Kemungkinan kebuluran di utara Gaza

ISTANBUL – Krisis yang semakin memuncak di utara Gaza, memungkinkan kebuluran akan berlaku di wilayah itu, demikian amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, berkata keadaan sangat membimbangkan ketika merujuk kepada penemuan baharu daripada Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC). Data itu katanya menunjukkan bahawa ‘terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza’. “Kami menggesa peningkatan segera penghantaran dan akses selamat untuk bantuan kemanusiaan — terutama makanan dan ubat-ubatan untuk kekurangan zat makanan yang teruk — dalam masa beberapa hari bukan…

Read More

Perang boleh merebak melebihi Asia Barat

TEHRAN – Peperangan di Gaza dan Lubnan, yang dilakukan Israel boleh merebak melebihi wilayah Asia Barat, kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi. Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara, beliau mengingatkan dunia  harus tahu bahawa jika peperangan berkembang, kesannya yang berbahaya tidak akan terhad kepada rantau Asia Barat sahaja. “Ketidakamanan dan ketidakstabilan boleh merebak ke kawasan lain, bahkan lebih jauh,” kata Araghchi. Musuh utama Iran, Israel sedang melakukan perang yang dahsyat di Semenanjung Gaza kononnya untuk menghapus kumpulan Palestin yang disokong Iran, Hamas sejak ia melancarkan serangan mengejut terhadap Israel…

Read More