1 tan produk segar, makanan proses dirampas

SINGAPURA 9 Nov. – Agensi Makanan Singapura (SFA) merampas kira-kira satu tan produk segar dan makanan proses yang diimport secara haram dari Malaysia dalam satu operasi selama dua hari di Pusat Pemeriksaan Woodlands minggu ini. Sepanjang operasi pada 6 dan 7 November lalu itu, pegawai dari Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyedari terdapat percanggahan dalam konsainan yang diangkut oleh dua trak dan merujuknya kepada SFA. SFA kemudian menemukan hasil yang tidak diisytiharkan dan yang diisytihar dengan kurang tepat, termasuk tomato, daun bawang, salad aisberg, kubis bunga potong, dan…

Read More

PRN17: Serahkan kepada pemimpin Sabah

PAPAR 9  Nov. – Tidak perlu ada sebarang paksaan daripada mana-mana pemimpin luar berhubung gabungan parti yang bakal bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) yang dijadualkan tahun depan. Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata keputusan mengenai perkara itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada pemimpin parti dari negeri itu. Katanya, sebarang bentuk paksaan untuk meminta mana-mana parti atau gabungan parti supaya bekerjasama dikhuatiri boleh membawa kesan terhadap pola pengundian rakyat pada PRN itu nanti. “Bagi saya yang memutuskannya biarlah orang Sabah, pemimpin Sabah sendiri,…

Read More

Tidak wajar PRN Sabah jadi ‘tikus makmal’

KOTA KINABALU 9 Nov. – Sabah tidak harus dijadikan bahan ujian untuk menguji keberkesanan kerjasama politik di antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kerana ia akhirnya hanya membawa kerugian kepada Sabah. Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Masidi Manjun berkata, adalah tidak wajar menjadikan Sabah eksperimen bagi kerjasama politik pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) akan datang. Katanya, tindakan itu seolah-olah menjadikan negeri ini sebagai ‘tikus makmal’ yang disifatkannya sebagai merendahkan maruah rakyat negeri ini. “Dalam keadaan di mana semua parti sedang bersedia untuk menghadapi PRN, timbul pelbagai…

Read More

Bendung isu kaum, agama ancam perpaduan

KUALA KANGSAR 9 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, isu agama dan kaum yang terus dijadikan bahan untuk berpolitik yang mengancam perpaduan rakyat negara ini perlu dibendung dengan segera. Titah baginda, apabila agama dan kaum dijadikan ‘mata wang yang sah’ untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan dan slogan-slogan atas nama kaum yang bersifat provokatif, semakin dicetuskan. “Retorik dan slogan sedemikian, laksana bara yang semakin menyalakan puntung – menyalakan unggun, jika tidak segera dibendung, akan menyemarakkan api permusuhan yang boleh memusnahkan negara,” titah baginda. Baginda…

Read More

70 peratus kematian wanita,kanak-kanak

GENEVA – Hampir 70 peratus kematian yang disahkan dalam peperangan di Gaza ialah wanita dan kanak-kanak, demikian menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR). Justeru agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengecam apa yang disebut sebagai pelanggaran sistematik terhadap prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Sejak bermulanya perang antara tentera Israel dan pejuang Hamas, PBB hanya mengira kematian yang dapat mereka sahkan melalui tiga sumber, dan pengiraan masih berterusan. Ketua Pejabat Hak Asasi Manusia PBB untuk Wilayah Palestin yang Diduduki, Ajith Sunghay, memberitahu wartawan dalam satu taklimat di…

Read More

Hanya di Gaza, wanita, kanak-kanak dibunuh

ISTANBUL – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, tiada perang lain yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, Erdogan berkata, selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak. Beliau berkata demikian ketika berucap  pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di Istanbul. Katanya , Ankara akan terus menyokong “saudara” mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan…

Read More