KUALA LUMPUR 7 Nov. – Lima tentera pengaman Malaysia Battalion (MALBATT 850) cedera dalam satu serangan tentera Israel di Sidon, selatan Lubnan. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin. Tentera Darat Lubnan dalam satu kenyataan memaklumkan kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) sedang melalui sekatan jalan. “Tentera Israel mengebom sebuah kereta yang melalui Awali di Sidon. Serangan ini menyebabkan tiga warga Lubnan maut,” kata kenyataan itu. Serangan itu turut disahkan UNIFIL dalam satu hantaran di X. Semalam, pasukan MALBAT…
Read MoreDay: November 7, 2024
Kewarganegaraan secara borong fitnah dahsyat
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Dakwaan kononnya kerajaan memberi kewarganegaraan secara borong kepada 1.2 juta warga China yang didakwa tidak keluar dari negara ini fitnah yang sangat dahsyat dan seharusnya dihentikan segera. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail ketika menafikan dakwaan itu berkata kerajaan hanya memberi kewarganegaraan kepada 103 rakyat China, mengikut Peruntukan 15(1) Perlembagaan Persekutuan. “(Hanya) 103 orang, bukan 1.2 juta (orang). Yang kita bagi warganegara Malaysia di bawah kategori 19(1) maknanya suami warga asing, kahwin dengan wanita tempatan, warga China di bawah kategori tersebut yang kita bagi warganegara…
Read MoreTitah Adendum Najib hanya ‘khabar angin’
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Titah Adendum yang didakwa dititah oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah hanya khabar angin. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, persoalan itu tidak patut ditimbulkan, malah mahkamah sudah memutuskan mengenainya. “Cerita adendum itu adalah perkara berkait dengan keputusan Lembaga Pengampunan. Ia di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) juga ikuti keputusan mahkamah ketika peguam yang berkenaan bawa (perkara ini). Mahkamah anggap Titah…
Read MoreJangan ‘bocor’ kapal sendiri
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menegur seorang Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) supaya ‘tidak membocorkan kapal sendiri’. Teguran itu dibuat terhadap Chong Zhemin (PH-Kampar) yang mengusulkan supaya Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menyatakan pendirian sama ada mahu berada dalam Kerajaan Perpaduan ataupun tidak. Bung Moktar berkata, tindakan Zhemin itu tidak elok kerana PH dan BN bekerjasama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. “Saya minta lain kali Kampar… usul begitu tidak perlu dibawa ke Dewan Rakyat, tidak elok kita nampak sebab kita berada dalam…
Read MoreLarang media sosial di bawah usia 16
SYDNEY – Australia dijangka menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun, kata Perdana Menteri Anthony Albanese, hari ini. Katanya, media sosial membawa kesan mudarat kepada kanak-kanak dan kini tiba masanya beliau mengambil tindakan menghentikan penggunaannya. Bercakap pada sidang media, beliau berkata, perundangan berhubung perkara itu akan dibentangkan di Parlimen tahun ini dengan undang-undang berkenaan berkuat kuasa dalam tempoh 12 bulan selepas ia disahkan oleh anggota Parlimen. Menerusi undang-undang itu juga, tidak akan ada pengecualian untuk pengguna yang mendapat kebenaran ibu bapa. Ini bermakna…
Read MoreKa Siong tuntut Rafizi minta maaf
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menuntut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, membuat penerangan atau menarik semula kenyataan yang mendakwa dirinya silap memberikan fakta berhubung kos pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) di Dewan Rakyat, semalam. Ka Siong berkata, tindakan itu bagi membersihkan namanya yang dituduh melakukan kesilapan ketika menyatakan kos PADU ialah sebanyak RM85 juta, sedangkan beliau merujuk kepada fakta dilaporkan sebelum ini. “Saya tidak berhasrat merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, namun bagi membersihkan nama saya, saya minta Speaker, menasihatkan menteri untuk melakukan…
Read MoreU Mobile: menteri, timbalan tak terlibat
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, beliau dan timbalannya, Teo Nie Ching, tidak terbabit dalam proses penilaian U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) sebagai penerima Rangkaian 5G kedua Malaysia. Sebaliknya beliau berkata, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti penilaian itu secara bebas, berdasarkan tatakelola yang baik dan bukannya secara penganugerahan terus atau ‘direct award’. Katanya, atas dasar itu, keputusan untuk memilih U Mobile sebagai penyedia Rangkaian 5G kedua Malaysia adalah tidak bertentangan dengan syarat khas lesen bagi suatu lesen individu. “Berkenaan isu pegangan, pihak…
Read More3,602 kes bankrap penjawat awam
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 3,602 kes kebankrapan dalam kalangan penjawat awam bermula 2020 hingga September 2024 dengan jumlah tertinggi pada 2020 sebanyak 1,009 kes. Tahun ini, sebanyak 666 kes direkodkan sejak Januari, manakala 628 kes bagi tahun lalu, 621 kes (2022) dan 678 kes (2021). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kerajaan sentiasa memandang serius masalah muflis dan keterhutangan dalam kalangan penjawat awam. Beliau berkata ketua jabatan di setiap kementerian dan jabatan bertanggungjawab memantau dan menilai…
Read MoreBerita pilihan…
Terima keputusan pilihan raya – Harris
WASHINGTON – “Kita mesti menerima keputusan pilihan raya ini,” demikian kata calon Demokrat, Kamala Harris selepas muncul buat pertama kali menyampaikan ucapan di Howard University, di sini, semalam Rabu. Selepas gagal dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kepada Donald Trump kelmarin, Harris sedia maklum perasaan penyokong-penyokongnya dan parti Demokrat susulan kegagalan parti itu kepada calon Republikan. Suasana di lapangan nyata sangat suram kerana majoriti penyokong Naib Presiden AS itu gagal menyembunyikan kekecewaan mereka. Kata Harris, semua pihak harus berlapang dada menerima hakikat bahawa Demokrat gagal untuk kembali menguasai tampuk…
Read More