Amanah Johor sasar 12 ke 20 kerusi DUN

SEPANG 4 Nov. – Parti Amanah Johor memutuskan untuk membuat persediaan bertanding di sekurang-kurangnya 12 hingga 20 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Sr Dzulkefly Ahmad menegaskan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN atau pilihan raya umum (PRU) di Johor.

Katanya, Amanah telah mengenal pasti antara DUN sasaran yang akan menjadi pilihan dalam mencapai objektif parti selain mengekalkan satu kerusi yang sedia ada iaitu DUN Simpang Jeram.

Beliau berkata, persediaan itu adalah sebagai langkah Amanah Johor tidak bersetuju dengan kepemimpinan BN Johor yang didakwa tidak ada kemahuan untuk membentuk kerajaan Perpaduan di negeri itu walaupun selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota baru-baru ini.

“Kami tegaskan sekali lagi bahawa keputusan dari Amanah Johor adalah disebabkan tiada rundingan langsung berkenaan kerajaan Perpaduan daripada pihak BN hingga tarikh kenyataan media ini dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dalam langkah persediaan awal ini, Amanah Johor akan membawa pandangan serta keputusan ini kepada kepemimpinan tertinggi Amanah dan  daripada parti gabungan PH baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat pusat.

Related posts

Leave a Comment