RM300 bantu pelajar balik kampung

KOTA KINABALU 3 Nov. – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negeri ini akan menerima bantuan subsidi RM300 untuk pulang ke kampung halaman terutama pada musim perayaan di Sabah. Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata bantuan sekali bayar itu, merupakan permintaan daripada pelajar IPT terlibat, sekali gus membuktikan kerajaan negeri sentiasa mendengar keluhan rakyat dengan menunaikan hasrat itu. Sebagai contoh, katanya pelajar dari Tawau dan Sandakan yang belajar di IPT di Kota Kinabalu, akan menerima bantuan subsidi tersebut sama ada mereka mahu menggunakannya untuk membeli tiket kapal terbang,…

Read More

Chegubard Ketua bahagian Port Dickson

  SEREMBAN 3 Nov – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin, memenangi jawatan Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson dalam pemilihan malam tadi. Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menewaskan Ketua Bersatu Cawangan Linggi,  Zamri Md Said, dalam pertandingan satu lawan satu. Pemilihan yang dihadiri 165 perwakilan itu turut menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson dimenangi Akklil Aizat Othman manakala naib ketua bahagian dimenangi oleh Mohd Shuhazlan Ali. Badrul Hisham turut bertanding bagi jawatan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pemilihan parti. Sementara itu, jawatan Ketua Bersatu Bahagian Seremban dimenangi oleh…

Read More

Mas Ermieyati, Rahim Tamby Chik menang

MELAKA 3 Nov. – Ketua Srikandi Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu bahagian Masjid Tanah seleoas menang dengan majoriti besar dalam pertandingan satu lawan satu. Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu memperoleh 150 undi berbanding pencabarnya, bekas Pengerusi Tetap bahagian itu, Rosni Sham Samion yang hanya mampu meraih empat undi. Pada masa yang sama, penyandang Timbalan Ketua bahagian, Nazri Ramli mengekalkan jawatan apabila memperoleh 133 undi, manakala pencabarnya, Abdul Rashid Tang Abdullah tidak mendapat sebarang undi. Bagi jawatan Naib Ketua…

Read More

PRN17 Sabah uji kerjasama PH-BN

KUCHING 3 Nov – Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) yang dijadualkan tahun depan bakal menjadi ‘makmal’ untuk menguji kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, PRN17 Sabah penting untuk menilai persefahaman bagi menghadapi pilihan raya umum seterusnya. Beliau berkata, kerjasama PH dan BN menjadi asas kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan dan sewajarnya diteruskan bagi menjamin kestabilan politik. “Bagi meneruskan kerjasama itu PH dan BN, kita akan terjemahkannya dalam pilihan raya Sabah dahulu. Selepas itu,…

Read More

Tentera dikerah bantu mangsa ribut, banjir

OVIEDO (Sepanyol) – Sebanyak 5,000 anggota tentera tambahan dikerahkan menjelang Ahad, bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa bencana alam yang disifatkan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez sebagai “terbesar.” Tambahan itu menjadikan penglibatan tentera terbesar sewaktu aman dalam sejarah negara manakala seramai 10,000 anggota polis turut ditempatkan di kawasan terlibat menjelang Ahad. Sekurang-kurangnya 211 mayat ditemukan setakat Sabtu susulan ribut kuat mencetuskan banjir dahsyat pada Selasa, dengan Wilayah Valencia paling teruk terjejas. Sanchez mengakui beberapa kawasan masih terputus hubungan dengan rumah dan garaj masih tertutup serta puluhan orang masih hilang. “Saya sedar…

Read More

Kemi Badenoch ganti Rishi Sunak

LONDON – Ahli Parlimen dari North West Essex, Kemi Badenoch dipilih sebagai pemimpin Parti Konservatif UK, bagi menggantikan bekas Perdana Menteri Rishi Sunak sebagai Ketua Pembangkang. Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang pada Sabtu, menewaskan pesaingnya, Robert Jenrick selepas mendapat undian sebanyak 53,806 berbanding 41,388. Beliau akan berusaha mengemudi Parti Konservatif untuk kembali berkuasa selepas kekalahan teruk pada pilihan raya yang berlangsung pada Julai lalu. Parti Konservatif berdepan cabaran besar, dengan mempunyai hanya 121 Ahli Parlimen selepas pilihan raya yang menyaksikan parti itu kehilangan kerusi kepada Parti Buruh, Liberal…

Read More