KUALA LUMPUR 1 Okt. – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memaklumkan kegagalan pelaburan dalam FashionValet (FV) berlaku ketika pandemik Covid-19 apabila sekatan pergerakan menyukarkan operasi kedai fizikal syarikat berkenaan. Dalam kenyataannya, PNB berkata perbelanjaan modal besar digunakan bagi melengkapkan kedai berkenaan, akhirnya menimbulkan cabaran aliran tunai yang turut menjejaskan perniagaan platform dalam talian FV. Menurut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu berkata, FV memerlukan suntikan modal segera, tetapi pelabur sedia ada, termasuk PNB tidak bersedia untuk menyuntik dana tambahan susulan risiko berkaitan. “Selepas proses pengumpulan dana dari 2022 hingga 2023, seorang…
Read MoreDay: November 1, 2024
Kes buli bidang kuasa UPNM, ALK
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membabitkan pegawai kadet tahun kedua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan. Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan bahawa terdapat dua institusi yang bertanggungjawab ke atas pelajar iaitu UPNM dan ALK. Katanya, pelajar akan berada di bawah tanggungjawab UPNM bagi mengikuti kuliah bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dan kemudiannya daripada pukul 5 petang hingga pagi keesokan harinya di bawah bidang kuasa ALK. “Ia agak unik sikit dalam konteks…
Read MoreBayaran tanpa tunai KTMB mulai 2025
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Mulai 1 Januari 2025, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi semua transaksi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata langkah itu bertujuan membentuk masyarakat lebih cekap dan berdaya saing selaras aspirasi kerajaan ke arah digitalisasi yang mengutamakan aspek keterangkuman, keselamatan dan ketelusan. Katanya, langkah itu juga bertujuan menyokong usaha kepemimpinan negara untuk memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital berdaya saing, termasuk transformasi kepada…
Read MorePerlembagaan NAFAS digantung
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pendaftar Pertubuhan Peladang menggantung Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), berkuatkuasa hari ini sehingga penarikan balik yang akan dimaklumkan kelak. Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Dalam tempoh penggantungan itu, jemaah pengarah dan pihak pengurusan NAFAS tidak mempunyai kuasa seperti diperuntukan dalam Perlembagaan pertubuhan itu. “Pendaftar akan melantik pentadbir dan beberapa jawatankuasa bagi mengawasi tadbir urus di NAFAS dan membuat penyiasatan terhadap pengurusan, tatakelola serta rekod kewangan. Penggantungan…
Read MoreBerita pilihan..
Serangan selepas arahan pindah
BEIRUT – Selepas mengeluarkan arahan pemindahan membabitkan kawasan bandar utama Baalbek di timur dan bandar selatan Tyre, Lubnan Israel melancarkan serangan udara di kawasan berhampiran. Serangan udara itu berlaku ketika Perdana Menteri Lubnan mengutuk Israel kerana mengeluarkan amaran berpindah di seluruh kawasan dan menggesa tekanan diplomatik dikenakan bagi menghentikan serangannya yang sudah berlanjutan lebih sebulan. Menurut pertahanan awam, serangan ke atas Al-Hawsh, berhampiran Tyre memusnahkan enam bangunan. Media melaporkan serangan itu berlaku serentak dengan arahan pemindahan orang awam dari kem Rashidieh yang menempatkan pelarian Palestin, berhampiran Tyre. Pesawat perang musuh…
Read MoreLiga Arab bincang larangan operasi UNRWA
KAHERAH: Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar di sini bagi membincangkan larangan Israel terhadap aktiviti Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di wilayah Palestin yang diduduki. Mesyuarat dipengerusikan Yaman, diadakan di peringkat perwakilan tetap atas permintaan Jordan dan disokong oleh beberapa negara Arab lain. Agenda mesyuarat memberi tumpuan kepada merangka respons bersama Arab terhadap “rang undang-undang berbahaya dan tidak sah” diluluskan oleh Knesset (parlimen Israel), yang melarang operasi UNRWA di wilayah yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur. Selasa lalu, Jordan secara rasmi meminta blok pan-Arab…
Read More