KUALA LUMPUR 24 Ogos – UMNO perlu bergerak dan memerintah bersandarkan kepada realiti politik kemajmukan dan berharap ahli serta pendukung parti mengerti perkara berkenaan, kata Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, ia bukan perkara baharu atau perkara yang dibuat secara tiba-tiba atas dasar keterpaksaan atau keterdesakan, sebaliknya pendekatan itu adalah apa yang UMNO bidani sejak parti mula mentadbir negara dan bangsa. “Dari fikrah UMNO, kita wujudkan BN (Barisan Nasional) dan mengurus negara ini secara permuafakatan selama lebih enam dekad,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung…
Read MoreDay: August 24, 2024
Masih terlalu awal putuskan solo atau tidak
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata masih terlalu awal untuk UMNO memutuskan sama ada untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) atau sebaliknya. Mohamad berkata kepemimpinan parti akan meneliti secara mendalam berhubung perkara itu apabila tiba masanya berdasarkan keadaan semasa parti ketika itu. Beliau berkata, adalah tidak adil untuk UMNO menilai perkembangan semasa parti ketika ini untuk memutuskan perkara itu, sedangkan PRU-16 belum ditentukan tarikhnya. “Keputusan untuk bergerak solo mahupun mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti akan diputuskan apabila tiba masanya. “Kepemimpinan UMNO…
Read More“UMNO bukan milik abah saya”
KUALA LUMPUR 24 Ogos – “UMNO bukan milik abah saya,” itu penegasan Exco Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak sulung Presiden UMNO. Beliau sebaliknya menegaskan, parti yang sekian lama memayungi jatuh bangun orang Melayu itu adalah milik semua. “Parti UMNO bukan milik individu. Bukan milik abah saya atau sesiapa pun. Ia milik kita semua, milik para perwakilan semua, anak cucu-cicit kita dan semua orang Melayu termasuk yang masih menunggu untuk masuk dalam saf pejuang UMNO. Katanya , kesedaran dan rasa memiliki itu perlu, agar parti itu dapat kekal dipertahankan secara…
Read MorePN sedang alami kemerosotan – DAP
JOHOR BAHRU 24 Ogos – Perikatan Nasional (PN) sedang mengalami kemerosotan sokongan susulan isu kontroversi membabitkan Muhyiddin Yassin dan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong, mendakwa ia diburukkan lagi dengan kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri. Katanya, antara punca kemerosotan PN adalah Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu yang dilihat masih terjebak dan terperangkap dalam kemegahan masa lalu sebagai Perdana Menteri singkat sekali gus tidak dapat bergerak melepasi fasa itu. “Muhyiddin masih bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.…
Read MoreNaikkan had umur Puteri kepada 40
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Pergerakan Puteri memohon agar had umur anggota Puteri dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun bagi memberi peluang berbakti dan memastikan kelangsungan sayap UMNO itu. Exco Puteri, Siti Nor Hasyyati Abd Rahman berkata keberadaan mereka dalam parti bukan semata-mata kerana jawatan. “Sebahagian yang terlalu besar di kalangan kami, 80 peratus akan meninggalkan Puteri walau hanya sempat memimpin sepenggal. Sedar atau tidak, 15 ketua Puteri Bahagian akan melewati tahap usia yang dibenarkan iaitu 35 tahun,” katanya. Susulan cadangan itu Hasyyati yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Setiawangsa…
Read MoreLebih baik berkolaborasi untuk menang
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Lebih baik berkolaborasi untuk menang pihan raya berbanding kalah secara solo, daripada kalah menjadi pembangkang, lebih baik menang bersama sebagai kerajaan, kata Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berkata, keputusan untuk berkolaborasi tidak mengikat BN dengan mana-mana pihak secara eksklusif. “Dalam pilihan raya, kita perlu mencari peluang untuk menang. Strategi mesti untuk menang. Pengajaran dari 2022, saya tak fikir pergi secara solo itu baik. Kita perlu pergi secara bersefahaman bersama,” katanya. Semalam, Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti…
Read MoreAnak rayu selamatkan ibunya
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Anak lelaki sulung wanita warga India yang menjadi mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi semalam merayu pihak berkuasa menyelamatkan ibunya. Sebaik tiba dari Thailand, lelaki berusia 26 tahun dikenali sebagai Surya itu terus ke lokasi kejadian pada kira-kira pukul 9.30 malam untuk melihat sendiri usaha mencari ibunya. Dia dilihat gagal menahan kesedihan dan terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga serta kenalannya yang berada di situ. Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dr Maimunah Mohd Shariff yang melawat lokasi kejadian sempat berbual bersama suami…
Read MoreJulai catat 38,952 pengundi baharu
PUTRAJAYA 24 Ogos – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2024 (DPT BLN7/2024) yang diwartakan pada 21 Ogos lalu boleh disemak sehingga 19 September depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak. Beliau berkata DPT BLN7/2024 itu mengandungi 38,952 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Julai hingga 31 Julai 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Sebanyak 8,165 orang pemilih berdaftar pula bertukar bahagian pilihan raya dan 3,730 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi. SPR menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan…
Read MoreBerita pilihan…
Calon Presiden Venezuela dipanggil
CARACAS: Edmundo Gonzalez Urrutia, calon Presiden Venezuela yang lalu, akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyiaran maklumat pengiraan undi pilihan raya seperti yang disiarkan di laman web pembangkang pada Julai lalu. Menurut Peguam Negara Tarek Saab, Kementerian Awam akan memanggil Gonzales untuk memberi keterangan mengenai tanggungjawabnya, di mana beliau mengakui bertanggungjawab terhadap laman web berkenaan. Maklumat yang disiarkan itu sepatutnya hanya boleh dikeluarkan pihak berkuasa pilihan raya. Langkah ini juga adalah siri tindakan terbaharu parti pemerintah yang didakwa pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia sebagai tindakan keras terhadap pembangkang selepas…
Read More