KHIDMAT tawaran PN kepada Nenggiri

GUA MUSANG 11 Ogos – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Riswadi Ismail mengumumkan manifesto KHIDMAT yang mengandungi 37 tawaran kepada penduduk kawasan itu. Berucap semasa Tawaran PN untuk PRK Nenggiri di Renok, di sini, hari ini, bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berkata, tawaran itu meliputi tujuh bidang fokus iaitu peneroka, Orang Asli, anak muda, warga emas, kampung tradisi dan usahawan. Huruf K membawa kepada maksud khidmat masyarakat, H merujuk kepada hak rakyat, I (integriti dan amanah), D…

Read More

Buruan emas Olimpik berakhir

SEPANG 11 Ogos – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang hampir membawa pulang pingat terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam pada final keirin di Sukan Olimpik Paris 2024. Shah Firdaus mengalami nasib malang apabila beliau yang suatu ketika dilihat berada di kedudukan untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa pada pusingan terakhir dilanggar pelumba Jepun, Shinji Nakano yang mengakibatkannya terjatuh. Beliau yang tidak dapat menamatkan perlumbaan diturunkan untuk berada di kedudukan keenam pada perlumbaan di Velodrom Saint Quentin en Yveline itu. Manakala Nakano dan pelumba Great Britain, Jack Carlin yang…

Read More

Dua empangan utama masih susut

TANJONG 11 Ogos – Kapasiti di dua empangan utama negeri ini masih susut dan hujan sejak beberapa hari lalu dilihat masih belum cukup untuk menambah simpanan semasa air mentah di empangan berkenaan. Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus, berbanding 31.2 peratus direkodkan Khamis lalu. Bagi Empangan Teluk Bahang pula, kapasiti turut menurun sebanyak 0.8 peratus iaitu daripada 27.4 peratus pada Khamis kepada 26.6 peratus hari ini manakala kapasiti air di Empangan Mengkuang…

Read More

Tidak boleh lagi bertolak ansur

PUTRAJAYA 11 Ogos  – Masyarakat antarabangsa tidak boleh lagi bertolak ansur dengan keangkuhan rejim Israel susulan serangan biadab terhadap Sekolah al-Tabin di Bandar Gaza, yang meragut lebih 100 nyawa rakyat Palestin semalam. Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, serangan terhadap sekolah tempat perlindungan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak itu merupakan jenayah kemanusiaan yang tidak boleh dimaafkan. Serangan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia. Justeru Malaysia menyeru sekutu-sekutu rejim agar memaksa Israel untuk segera menghentikan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa, dan menghentikan…

Read More

Malaysia sokong AS, Mesir, Qatar

PUTRAJAYA 11 Ogos – Malaysia mengalu-alukan kenyataan bersama oleh pemimpin Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar baru-baru ini yang menggariskan keperluan segera untuk memuktamadkan perjanjian gencatan senjata dan untuk membawa bantuan segera kepada penduduk Gaza. Wisma Putra dalam satu kenyataan menyatakan, secara prinsip Malaysia sentiasa memperjuangkan keamanan dan kestabilan serta pematuhan kepada undang-undang antarabangsa. “Dalam konteks ini, Malaysia menyokong rundingan damai yang sedang dijalankan oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar. Malaysia berharap perbincangan akan datang yang bakal diadakan pada 15 Ogos 2024 akan membuahkan hasil yang positif dan menghalang konflik…

Read More

Azizulhasni percaya Shah Firdaus mampu

SEPANG 11 Ogos – Pelumba basikal elit negara, Azizulhasni Awang, memulakan penjelasan dengan ungkapan “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”, berhubung insiden dalam perlumbaan keirin pusingan pertama semalam. Menerusi perkongsian di media sosialnya hari ini, Azizulhasni tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai apa yang berlaku dalam perlumbaan tersebut. Azizulhasni memulakan penjelasannya dengan menyatakan bahawa beliau telah menerima posisi terakhir iaitu keenam dalam draw dan menekankan bahawa terdapat perancangan khusus untuk berlumba dari posisi tersebut. Katanya , hasil erbincangan bersama jurulatih John Beasley, plan terbaik adalah untuk terus ke hadapan…

Read More

Penyertaan Azizulhasni dibatal

SEPANG – Penyertaan The Pocket Rocketman, Azizulhasni Awang dibatalkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, Paris Jaguh berbasikal trek negara, disingkirkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni. Hanya lima pelumba memulakan perlumbaan dan saringan satu dimenangi pelumba Australia, Matthew Glaetzer sementara tempat kedua menjadi miliki pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland. Sebagai rekod, dua teratas pada setiap saringan akan melayakkan diri ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung esok. Dua teratas pada…

Read More