LKM sasar 3,000 penyertaan

KUALA LUMPUR 19 Julai – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) buat julung kalinya akan menganjurkan Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 bagi mengumpul dana membantu kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat wabak Covid-19. Pengerusi YKM, Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, pihaknya berjaya mengenal pasti 6,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu disebabkan wabak itu. Beliau berkata, ketika penularan Covid-19, ramai ibu bapa meninggal dunia dan kanak-kanak terbabit kebanyakannya dijaga oleh penjaga atau nenek yang tiada pekerjaan tetap. “Oleh itu, kita mewujudkan YKM untuk membantu kanak-kanak berkenaan mendapatkan kehidupan lebih baik selepas Covid-19. Sumbangan…

Read More

Rujuk dulu kepada jawatankuasa hak

KUALA LUMPUR 19 Julai – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sepatutnya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terlebih dahulu sebelum  menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat. Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata,melalui jawatankuasa berkenaan, Wan Ahmad Fayhsal akan mempunyai ruang untuk mempertahankan diri berhubung tindakannya yang membawa kepada penggantungan terbabit. Beliau berkata, penggantungan di Dewan Rakyat bukan suatu perkara baharu tetapi keputusan kali ini terhadap Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu dilihat ada masalah penafian bagi ruang keadilan. “Bukannya tidak pernah berlaku penggantungan…

Read More

ADUN Rembia perlu tanggung ganti rugi

KUALA LUMPUR 19 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis perlu menanggung kos ganti rugi ketika menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka susulan pengisytiharannya menyertai Pas. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata tindakan itu sama seperti termaktub dalam aku janji ditandatangani calon BN ketika itu. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Muhammad Jailani, namun menjelaskan jumlah itu terkandung dalam aku janji dan sepatutnya semua wakil rakyat tahu mengenainya. “Dari sudut parti, YB Rembia akan memberi…

Read More

Malam paling panas di Karachi

ISLAMABAD – Malam paling panas direkodkan di Karachi, bandar pelabuhan selatan itu pada Rabu lalu dengan suhu mencapai 32.5 darjah Celsius. Jabatan Meteorologi berkata bahawa cuaca mendung sebahagiannya berlaku pada Khamis kerana angin laut terhenti, menyebabkan suhu melonjak hingga 39 darjah Celsius dan terasa seperti 46 darjah Celsius. Pegawai berkenaan berkata tahap kelembapan di bandar itu adalah 68 peratus, menyumbang kepada kepanasan yang terik. Walaupun gelombang haba berterusan, terdapat ramalan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan, memberikan harapan untuk sedikit kelegaan. Pada Jun lepas lebih 40 mayat ditemukan di…

Read More

Obama, Pelosi saran Biden berundur

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dilaporkan secara peribadi menyatakan kebimbangan kepada Demokrat mengenai pencalonan Joe Biden. Pada masa yang sama, bekas Speakar Nancy Pelosi, juga memberi amaran secara peribadi, Demokrat bakal hilang kawalan dalam Dewan Perwakilan sekiranya Biden tidak mengundurkan diri daripada persaingan Pilihan Raya Presiden 2024 Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump. Obama dan Pelosi antara kalangan ahli Demokrat tertinggi yang membuat gesaan supaya Biden mempertimbangkan semula usahanya untuk mempertahankan jawatan Presiden. Perkembangan ini dilaporkan ketika…

Read More