JAKARTA: Kaesang Pangarep, anak kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) mendahului tinjauan pendapat umum untuk pemilihan gabenor Jawa Tengah pada November depan.
Ramai responden memihak kepada ahli politik baru dan pengerusi Parti Solidariti Indonesia (PSI) itu kerana beliau adalah anak Jokowi.
Rakyat Indonesia di seluruh negara akan mengundi untuk memilih Gabenor, Datuk Bandar dan pemimpin wilayah masing-masing secara serentak buat kali pertama pada 27 November.
Manakala parti politik sudah mengambil kira nama calon sebelum mendaftarkan calon mereka secara rasmi pada akhir Ogos.
Hasil tinjauan yang dikeluarkan Indikator Politik Indonesia pada 7 Julai mendapati Kaesang, muncul di tempat teratas dalam hampir semua simulasi tinjauan
walaupun ramai responden belum membuat keputusan siapa yang hendak diundi.
Dalam simulasi 20 bakal calon, Kaesang menduduki tempat pertama dengan 17.7 peratus responden berkata, mereka akan mengundinya jika pilihan raya diadakan sekarang,
Ini diikuti ketua polis Jawa Tengah, Inspektor Jeneral Ahmad Luthfi, sekutu rapat Jokowi, dengan 15.6 peratus, dan bekas timbalan gabenor Jawa Tengah, Taj Yasin Maimoen, dari Parti Pembangunan Bersatu (PPP) dengan 12.8 peratus.
Bambang Wuryanto dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), parti terbesar di Jawa Tengah yang berpisah dengan, Jokowi selepas pemilihan presiden (6 peratus), dan Bupati Kendal, Dico Ganinduto (5.6 peratus) dari Parti Golkar yang pro-Jokowi
Jawa Tengah, wilayah ketiga paling ramai penduduk di Indonesia, adalah antara wilayah yang paling banyak diperkatakan untuk pilihan raya November, kerana ia antara wilayah strategik yang boleh menjadi batu loncatan kepada jawatan presiden.
Nnn
