KUALA LUMPUR 9 Julai – Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan ketika kempen pilihan raya.
Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri sudah memutuskan sebarang penggunaan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya adalah tidak dibenarkan sama sekali.
“Sebaik selesai hari penamaan calon, menteri atau timbalan menteri tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan jentera kerajaan dalam kempen. Kalau ada bukti tentunya kita ambil tindakan wajar.
“Saya tidak berdolak dalik. Jika ada menteri atau agensi kerajaan gunakan jentera kerajaan, ia sudah langgar komitmen Jemaah Menteri dan tindakan mesti diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.
Anwar bagaimanapun menjelaskan pengumuman itu tidak termasuk apa yang telah diumumkan lama sebelum pilihan raya.
Nnn
