KL ke-13 pemandangan bandar paling inda

PUTRAJAYA 2 Julai – Kuala Lumpur menduduki tangga ke-13 pemandangan bandar paling indah di dunia seperti dilaporkan majalah dan portal antarabangsa Architectural Digest pada 26 Jun lalu.

Pengiktirafan itu dikongsi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, di platform X beliau.

Mengikut kedudukan yang diterbitkan portal antarabangsa itu, Manhattan berada di kedudukan pertama, disusuli Hong Kong, Chicago, Dubai, Tokyo, Perth, Sydney dan Shanghai.

Ia diikuti Singapura, Bangkok, Tianjin dan Panama City, Kuala Lumpur, Milwaukee, Auckland dan Toronto.

Artikel diterbitkan portal berkenaan menyifatkan pemilihan Kuala Lumpur bukan saja mengambil kira ketinggian Menara Berkembar Petronas tetapi ciri-ciri seni bina unik yang ada pada mercu tanda Malaysia.

Menurut Architectural Digest, Menara Berkembar Petronas yang direka oleh Cesar Pelli, menggembleng acuan seni bina gaya pasca moden dan diinspirasi daripada seni bina Islam.

Ditambah dengan latar belakang langit Kuala Lumpur mengindahkan lagi pemandangan menara yang menjadi mercu tanda negara ini.

Menara Berkembar Petronas bukan satu-satunya bangunan pencakar langit di ibu kota kerana ia turut mempunyai 241 bangunan pencakar langit termasuk Merdeka 118 yang tersenarai bangunan kedua tertinggi dunia.

Related posts

Leave a Comment