SEPANG 2 Julai – Sheikh Al-Azhar, Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb tiba di Malaysia malam ini bagi memulakan lawatan khas empat hari hingga Jumaat ini atas undangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pesawat komersial yang membawa beliau mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 10.42 malam dan disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Sejurus tiba, beliau diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai oleh Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd…
Read MoreDay: July 2, 2024
KL ke-13 pemandangan bandar paling inda
PUTRAJAYA 2 Julai – Kuala Lumpur menduduki tangga ke-13 pemandangan bandar paling indah di dunia seperti dilaporkan majalah dan portal antarabangsa Architectural Digest pada 26 Jun lalu. Pengiktirafan itu dikongsi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, di platform X beliau. Mengikut kedudukan yang diterbitkan portal antarabangsa itu, Manhattan berada di kedudukan pertama, disusuli Hong Kong, Chicago, Dubai, Tokyo, Perth, Sydney dan Shanghai. Ia diikuti Singapura, Bangkok, Tianjin dan Panama City, Kuala Lumpur, Milwaukee, Auckland dan Toronto. Artikel diterbitkan portal berkenaan menyifatkan pemilihan Kuala Lumpur bukan saja mengambil kira…
Read MoreKesan positif kurangkan ketirisan
KUALA LUMPUR 2 Julai – Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan memberitahu Dewan Rakyat hari ini, terdapat tanda-tanda awal penyasaran semula subsidi diesel baru-baru ini menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan ketirisan. Ia berdasarkan perbandingan jualan runcit diesel sebelum dan selepas penyasaran semula subsidi. Beliau berkata, setakat ini jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia berkurang lebih 30 peratus dan stesen di kawasan sempadan turun lebih ketara iaitu di antara 40 peratus dengan 50 peratus. Katanya, ini adalah indikator jelas pengurangan penyeludupan bahan api berkenaan. Penetapan harga runcit kepada paras…
Read MoreKompleks Sukan Shah Alam (KSSA)
PM tegur menteri berbaju batik
KUALA LUMPUR 2 Julai – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegur Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail kerana tidak mematuhi etika berpakaian dengan mengenakan baju batik di Parlimen, hari ini. Teguran itu dibuat selepas perkara itu dibangkitkan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sebelum mengajukan soalan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, pagi tadi. Rosol bertanya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengenai etika pemakaian batik selepas melihat Saifuddin memakai batik bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat, hari ini. “Yang Dipertua, saya nak tanya, etika berpakaian di Parlimen, batik boleh dipakai hari apa…
Read MoreIndikator perbelanjaan isi rumah diumum November
KUALA LUMPUR 2 Julai – Indikator baharu yang akan memberi gambaran secara kolektif mengenai jumlah perbelanjaan yang diperlukan oleh isi rumah kini dalam peringkat akhir penyediaan untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan awal November ini, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, indikator bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat itu merangkumi keperluan bagi kehidupan wajar yang lebih menyeluruh iaitu makanan dan minuman, pakaian, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pendidikan, komunikasi serta keperluan lain. “Pengiraan indikator ini membabitkan 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, 162 daerah pentadbiran serta mengikut lokasi bandar dan luar bandar.…
Read MoreBerita pilihan….
RON95 : Penyasaran tidak dalam tempoh terdekat
KUALA LUMPUR 2 Julai – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, belum ada kertas dasar dibawa ke Kabinet bagi tujuan rasionalisasi subsidi dilaksanakan ke atas petrol RON95 dan jangkaannya, penyasaran semula subsidi tidak dilaksanakan dalam masa terdekat. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, terdapat kajian dari dulu, tetapi adalah lebih baik melihat terlebih dahulu langkah penyasaran ke atas elektrik dan diesel. “Lihat dulu kesannya dan bagaimana reaksi rakyat. Barulah (selepas itu) kita sedia berunding apakah (ada) keperluannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab soalan…
Read MorePertaruhan judi haram, 43 ditahan
SINGAPURA 2 Julai – Polis Singapura dan Malaysia berjaya menumpaskan operasi kumpulan penjenayah terancang dengan menahan 43 orang berumur antara 34 dan 82 tahun yang disyaki terbabit dalam pertaruhan judi haram. Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), sembilan akan didakwa hari ini atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Perjudian manakala bakinya sedang disiasat. Dalam operasi bersama dijalankan dari 30 Jun hingga semalam, pegawai SPF dari pelbagai bahagian melakukan serbuan serentak di beberapa lokasi yang membawa kepada penahanan 37 lelaki dan dua wanita. Pada masa sama, pegawai polis Malaysia turut menahan empat…
Read More