ARAFAH: Kemuncak ibadah haji di Arafah, dalam kalangan 1.5 juta jemaah, pastinya ada dalam kalangan mereka akan mengingati Palestin dan mendoakan kesejahteraan penduduk Gaza yang sedang dilanda peperangan sejak 7 Oktober.
Menurut laporan media hari ini, dalam keadaan panas melampau, sebahagian jemaah tabah menuju ke Gunung Arafah dan berdoa selama berjam-jam termasuk untuk rakyat Palestin di Gaza.
Minggu lalu, menteri Arab Saudi yang bertanggungjawab dalam urusan haji, Tawfiq al-Rabiah, dilaporkan memberi amaran supaya ‘tiada aktiviti politik’ ketika menunaikan ibadah itu.
Kira-kira 2,000 rakyat Palestin menunaikan ibadah haji tahun ini atas jemputan khas Raja Arab Saudi, Raja Salman.
Terdahulu media melaporkan perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah, yang menghubungkan Gaza ke Mesir, telah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.
Konflik itu telah mengganggu persiapan haji biasa kementerian, termasuk menandatangani kontrak pengangkutan di Mesir dan Arab Saudi serta menempah penginapan di Makkah dan Madinah, tambah Al-Mudallal.
Nnnn
