Sultan Perak rasmi Masjid Abdul Rahman Auf,

IPOH 16 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat merasmikan Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, di sini, hari ini. Keberangkatan tiba baginda pada pukul 8.27 malam disambut Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Mohd Annuar Zaini, serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Harith Fadzilah Abdul Halim. Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menarik tirai sebagai simbolik perasmian masjid itu disusuli menyertai takbir raya Aidiladha dan menunaikan solat Isyak…

Read More

Sesudah Arafah, 1.8 juta melontar jamrah

MINA 17 Jun- Jemaah haji hari ini mula melontar jamrah, melaksanakan wajib haji selepas lebih 1.8 juta jemaah wukuf dan meninggalkan Arafah petang semalam untuk bermalam di Muzdalifah dan mengumpul batu kerikil untuk melontar jamrah di Mina. Jemaah haji akan menghabiskan tiga hari berikutnya di Mina bagi melontar batu ke arah tiga tiang, yang melambangkan lontaran batu ke arah Iblis. Mereka melakukan ibadah melontar di Jamrah al-Aqabah pada hari pertama melontar, iaitu 10 Zulhijjah dikuti dua atau tiga hari berikutnya, melontar tujuh batu masing-masing di ketiga-tiga jamrah, iaitu Jamrah al-Ula,…

Read More

Larangan pembelian berulang RON95

ARAU 16 Jun – Pembelian berulang untuk pengisian RON95 di semua stesen minyak di Kelantan tidak lagi dibenarkan susulan ada pihak dikesan cuba menggunakan kaedah itu untuk mengumpulkan stok RON95 sebelum diseludup ke Thailand. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya, Shamsul Nizam Khalil berkata, buat masa ini, arahan itu hanya melibatkan Kelantan. Bagaimanapun ia akan diperluaskan ke negeri sempadan lain seperti Perlis, Kedah dan Perak. “Kita sudah mengeluarkan arahan itu kepada semua stesen minyak di Kelantan, di mana taktik pembelian…

Read More

Safari Wukuf bawa 74 jemaah sakit

MAKKAH 16 Jun – Walaupun telantar di Pusat Rawatan Tabung Haji dan hospital, seramai 74 jemaah haji Malaysia tetap dibawa melakukan ibadah wukuf di Padang Arafah menerusi program Safari Wukuf, semalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata mereka dibawa dengan bas khas diubah suai tempat duduknya menjadi seperti katil untuk membawa pesakit kritikal ke Arafah bagi menunaikan rukun haji kedua itu. “Alhamdulilah, program safari wukuf berjaya dilaksanakan. Mereka dibawa sebentar untuk wukuf (selepas waktu Zuhur), tiba (di Padang Arafah) untuk jangka masa pendek. Semua…

Read More

Afrika Selatan bentuk Kerajaan Perpaduan

CAPE TOWN: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, dipilih semula untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua selepas partinya, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), membentuk kerajaan perpaduan nasional. Ramaphosa, 71, dipilih semula menyandang jawatan itu untuk tempoh lima tahun lagi, menerusi 283 undi dalam pengundian rahsia ahli Parlimen di Cape Town. “Saya berasa rendah diri dan juga berbesar hati kerana anda sebagai Ahli Dewan Negara, memutuskan untuk memilih saya menjadi Presiden Republik Afrika Selatan,” kata Ramaphosa dalam ucapan selepas pemilihannya itu. Keputusan pilihan raya umum (PRU) pada 29 Mei lalu menjadi titik…

Read More

Doakan buat rakyat Palestin

ARAFAH: Kemuncak ibadah haji di Arafah, dalam kalangan 1.5 juta jemaah, pastinya ada dalam kalangan mereka akan mengingati Palestin dan mendoakan kesejahteraan penduduk Gaza yang sedang dilanda peperangan sejak 7 Oktober. Menurut laporan media hari ini, dalam keadaan panas melampau, sebahagian jemaah tabah menuju ke Gunung Arafah dan berdoa selama berjam-jam termasuk untuk rakyat Palestin di Gaza. Minggu lalu, menteri Arab Saudi yang bertanggungjawab dalam urusan haji, Tawfiq al-Rabiah, dilaporkan memberi amaran supaya ‘tiada aktiviti politik’ ketika menunaikan ibadah itu. Kira-kira 2,000 rakyat Palestin menunaikan ibadah haji tahun ini atas…

Read More