Syria, Sudan catat pelarian tinggi

GENEVA: Konflik di Sudan menjadi faktor utama peningkatan penduduk yang hilang tempat tinggal secara paksa di seluruh dunia berikutan sejak April 2023, lebih 7.1 juta pemindahan secara paksa baharu direkodkan di negara itu.

Menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), pada akhir 2023, sejumlah 10.8 juta penduduk Sudan kehilangan tempat tinggal, berbanding 120 juta penduduk hilang tempat tinggal secara paksa di seluruh dunia pada 2023.

Manakala berjuta-juta penduduk hilang tempat tinggal pada tahun lalu akibat pertempuran ganas di Republik Demokratik Congo dan Myanmar.

Memetik anggaran daripada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), ia berkata sehingga 1.7 juta orang – 75 peratus daripada populasi – hilang tempat tinggal di Gaza akibat “keganasan yang dahsyat” dengan beberapa pelarian “telah melarikan diri beberapa kali.”

Syria kekal sebagai “krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia,” dengan 13.8 juta penduduk terpaksa berpindah di dalam dan luar negara.

Menurut data UNHCR dan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), bilangan pelarian dan individu lain yang memerlukan perlindungan antarabangsa telah mencecah 43.4 juta.

Majoriti pelarian ditempatkan di negara-negara jiran, dengan 75 peratus menetap di negara berpendapatan rendah dan sederhana yang secara kolektif menyumbang kurang daripada 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

Laporan itu juga mendedahkan lebih lima juta penduduk kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia dan sejuta pelarian kembali ke tempat asal mereka pada 2023.

Related posts

Leave a Comment