Larang syarikat Israel sertai Eurosatory 2024

PARIS: Pihak berkuasa Perancis melarang firma pertahanan Israel daripada mempamerkan pameran perdagangan bulan depan berhampiran Paris, demikian menurut  penganjur, Coges Events.hari ini.

Sebanyak 74 firma Israel ditetapkan untuk diwakili pada pameran Eurosatory 2024, bermula dari 17 hingga 21 Jun ini di tapak pameran berhampiran lapangan terbang antarabangsa utama Paris.

Coges sebelum ini berkata kira-kira 10 daripada firma Israel  akan mempamerkan senjata.

Sekumpulan aktivis minggu lalu dalam amaran undang-undang menggesa Coges mengambil langkah untuk mengelakkan pembelian dan penjualan senjata yang boleh digunakan dalam “jenayah” yang dilakukan di Gaza atau bahagian lain di wilayah Palestin yang diduduki.

ASER, Stop Arming Israel, Urgency Palestine dan Persatuan Perpaduan Perancis-Palestin juga memberi amaran terhadap keuntungan daripada pameran itu “menguatkan kuasa ekonomi firma yang mungkin mengambil bahagian dalam jenayah ini”.

Related posts

Leave a Comment