PM Lee sebagai Menteri Kanan Singapura

SINGAPURA 16 April – Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan kekal dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan selepas beliau berundur sebagai ketua pemerintah manakala sebahagian besar menteri akan kekal dalam portfolio yang sama. Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong yang akan mengambil alih jawatan No. 1 itu berkata, butiran rombakan Kabinet akan diumumkan beberapa hari sebelum upacara angkat sumpah pada 15 Mei depan. “Sistem kita berfungsi berdasarkan kesinambungan dan perubahan yang progresif. Tidak pernah berlaku apabila berlaku peralihan kepimpinan, semua menteri yang lebih tua mengundur diri pada masa sama. Sebaliknya, mereka terus menyumbang…

Read More

Apakah saya penjenayah – Dr Mahathir

PUTRAJAYA 16 April – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuduh beliau melakukan kesalahan. Menurut Dr Mahathir, dalam notis kepada anaknya, Mirzan menyebut bahawa SPRM mendapati “bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.” Menurutnya, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata beliau tidak dilayan sebagai penjenayah. “Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melakukan kesalahan. Dakwaan telah dibuat oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar…

Read More

Bersatu bentuk 12 portfolio hadapi PRK

SHAH ALAM 16 April –  Bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 7 Mei depan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor membentuk 12 portfolio bagi memperkemaskan jentera pilihan raya. Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri (BPN) Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, portfolio itu termasuk kerahan anak muda dan pengundi bukan Melayu. Menurut beliau, semua bahagian Bersatu dan ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipertanggungjawabkan untuk menjaga 16 daerah mengundi di DUN berkenaan. “Malam tadi (Isnin) saya mempengerusikan Mesyuarat Khas BPN Selangor bersama ADUN…

Read More

NUBE minta bank hargai kakitangan

SEPANG 16 April – Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) menggesa pengurusan tertinggi institusi perbankan di negara ini supaya lebih menghargai kakitangan masing-masing. Gesaan itu susulan NUBE mendapat aduan bahawa beberapa bank yang mencatatkan keuntungan besar gagal menyediakan kemudahan surau yang memadai untuk solat serta bantuan hari raya. “Pekerja memberikan gambar kepada NUBE bahawa surau yang disediakan bukan saja tidak memadai tetapi juga tidak selamat kerana sebahagiannya adalah stor yang diubah suai. Janji kosong mereka sebagai majikan yang penyayang, terbongkar. Sepanjang pemerintahan mereka, fokus utama adalah memaksimum keuntungan peribadi dengan mengeksploitasi…

Read More

Robert Kuok kekal tempat pertama bilionair

SEPANG 16 April – Pengasas Kumpulan Kuok sejak 75 tahun lalu di Johor Bahru, Tan Sri Robert Kuok, terus menduduki tempat pertama bilionair dalam senarai terkini Forbes dengan nilai bersih AS$11.5 bilion. Beliau yang meraikan ulang tahun ke-100 tahun lalu merupakan salah seorang bilionair tertua di dunia dan merupakan usahawan gula, beras dan tepung gandum serta membina syarikat diasaskannya menjadi konglomerat yang berkembang maju. Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes Asia 2024, nilai kekayaan keseluruhan 50 bilionair paling kaya di Malaysia meningkat dua peratus kepada AS$83.4 bilion tahun ini.…

Read More

Suspek dipercayai mahu lari ke Makkah

KOTA BHARU 16 April –  Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin, mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata ia susulan rampasan dibuat membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang Riyal dan Baht daripada suspek, Hafizul Hawari, semalam. Beliau berkata, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 butir peluru hidup, mercun bola, enam telefon bimbit, pasport dan empat kad pengenalan…

Read More

PBS, STAR tanda tangani MoU kerjasama hadapi PRN-17

SEPANG 16 April – Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis ini sebagai tanda menjalin kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Presiden STAR, Dr Jeffrey Kitingan dalam hantaran di Facebooknya hari ini berkata MoU itu akan ditandatangani pada pukul 2.30 petang di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di Penampang. Adalah dijangkakan Presiden PBS Dr Maximus Ongkili dan Dr Jeffrey akan menandatangani MoU itu dengan disaksikan oleh Penasihat PBS yang juga pengasas parti itu,  Joseph Pairin Kitingan. MoU…

Read More

Suspek tembak di KLIA direman 7 hari

KOTA BHARU 16 April –  Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi kelmarin ditahan reman tujuh hari mulai hari ini. Perintah tahanan reman ke atas Hafizul Hawari, 38, itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Dia juga akan dibawa ke Kuala Lumpur hari ini untuk siasatan lanjut. Terdahulu suspek yang ditahan di Jalan Bayam, di sini, semalam selepas 36 jam melarikan diri tiba di mahkamah kira-kira pukul  8.30…

Read More

Israel bersiap serang balas?

BAITULMAQDIS: Tentera udara Israel dilaporkan sudah memuktamadkan persiapan untuk kemungkinan melakukan serangan balas ke atas Iran. Menurut media tempatan,  Tel Aviv juga sedang merancang ‘tindak balas terhad’ bagi mengelakkan perang habis-habisan antara kedua-dua pihak. Israel berusaha untuk mengekalkan Semenanjung Gaza sebagai medan perang utama, dan tidak mahu mengubahnya menjadi barisan kedua. Mengenai jenis serangan yang dirancang Israel, media melaporkan, tindak balas Israel boleh menjadi pembunuhan di dalam Iran atau serangan siber berskala besar. Awal Isnin, Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi, dilaporkan berkata, Israel akan bertindak balas terhadap serangan Iran…

Read More