Apakah saya penjenayah – Dr Mahathir

PUTRAJAYA 16 April – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuduh beliau melakukan kesalahan.

Menurut Dr Mahathir, dalam notis kepada anaknya, Mirzan menyebut bahawa SPRM mendapati “bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.”

Menurutnya, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata beliau tidak dilayan sebagai penjenayah.

“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melakukan kesalahan.

Dakwaan telah dibuat oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbilion Ringgit. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

“Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjukkan bukti yang saya memiliki berbilion Ringgit. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbilion Ringgit,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Berikut kenyataan penuh:

π€ππ€πŠπ€π‡ π’π€π˜π€ ππ„ππ‰π„ππ€π˜π€π‡

1. Kata πΌπ‘›π‘ π‘π‘’π‘π‘‘π‘œπ‘ŸπΊπ‘’π‘›π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘™ π‘œπ‘“ π‘ƒπ‘œπ‘™π‘–π‘π‘’ (IGP) saya tidak dilayan sebagai penjenayah.

2. Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati “bahawa satu kesalahan dibawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.”

3. Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan.

4. Dakwaan telah dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbillion Ringgit.

5. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

6. Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbillion Ringgit.

7. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.

8. Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah.

9. Berkenaan dengan π‘ π‘‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘‘π‘’π‘π‘™π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› oleh Dato Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa π‘ π‘‘π‘Žπ‘‘π‘’π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦ π‘‘π‘’π‘π‘™π‘Žπ‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› Dato Murad tidak ditarik balik. Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka.

10. Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya.

𝐃𝐑 πŒπ€π‡π€π“π‡πˆπ‘ 𝐁𝐈𝐍 πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ

16 April 2024

Related posts

Leave a Comment