Suspek tembak ditahan di KB

KUALA LUMPUR 15 April  – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, ditahan di Kota Bharu, Kelantan petang ini.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat.

Sementara itu, BH online melaporkan suspek ditahan di Jalan Bayam, di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Menurut laporan itu, , suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Dilaporkan berlaku berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan dan polis turut merampas sepucuk pistol daripada suspek.

 

Nnn

Related posts

Leave a Comment