Kebakaran hutan semakin pulih

KUANTAN 11 April – Kebakaran hutan berskala besar membabitkan tiga lokasi di negeri ini sejak akhir bulan lalu, semakin pulih dengan operasi pemadaman kini ditumpukan di kawasan Rompin, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa,. Beliau berkata operasi memadam kebakaran hutan kawasan Jabatan Pertanian Inderapura membabitkan kira-kira 320 hektar hutan tanah gambut, ditamatkan Selasa lalu selepas lebih 10 hari pemadaman dilakukan. Katanya, kebakaran hutan tanah gambut seluas 110.5 hektar di Gebeng juga semakin pulih apabila 99 peratus kebakaran berjaya dipadamkan, dan operasi…

Read More

Bukti hubungan baik negeri, pusat

PASIR MAS 11 April – Pemberian wang ihsan RM58.6 juta minggu lalu membuktikan hubungan baik kerajaan Persekutuan dengan Kelantan sejak sekian lama, kata Menteri Besar, Mohd Nasuruddin Daud. Beliau berkata, kerajaan Persekutuan sentiasa membantu Kelantan dalam segala hal bukan sahaja soal wang ihsan. “Hubungan kita (kerajaan negeri) dengan persekutuan baik dari dulu lagi, semua perkara boleh dibincang dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) beri jaminan bahawa beliau akan turut beri perhatian kepada Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau sebelum itu mengadakan Majlis Rumah Terbukanya di perkarangan…

Read More

Tawaran pemulangan tambang penuh

KUALA LUMPUR 11 April – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan pemulangan tambang penuh kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan susulan kejadian Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tergendala, kelmarin. Dalam satu kenyataan, KTMB memaklumkan, mereka boleh menghantar permohonan ke emel: callcenter@ktmb.com.my. manakala penumpang yang membeli Pelan Takaful Premium boleh menghubungi Etiqa Claim Assist 010-368 7829 atau emel kepada support@goinsure.com.my “Kesulitan itu amat dikesali dan penumpang yang tidak meneruskan perjalanan, boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh,” kata kenyataan itu yang turut menjelaskan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu yang berlaku…

Read More