TANJONG 6 April – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), menasihatkan penduduk di negeri itu mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga Jun ini bagi memastikan bekalan air mencukupi tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K Pathmanathan, dalam satu kenyataan berkata pengguna juga dinasihatkan, berhemat menggunakan air sehingga berakhir fenomena El-Nino. Katanya, pada Mac lalu, sebanyak 66.5 milimeter (mm) hujan direkodkan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan PBAPP berusaha menstabilkan kapasiti efektif empangan ini, melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP2024). “Kapasiti efektik empangan turun…
Read MoreDay: April 6, 2024
5 cadangan kembali kegemilangan UMNO Selangor
SEPANG 6 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengemukakan lima cadangan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor selepas kalah teruk pada pilihan raya. Katanya, UMNO Selangor mencatat prestasi terburuk dalam sejarah dengan tidak menang satu kerusi pun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan hanya dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu. Beliau yang meletakkan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor pada 1 April lalu, berkata jika UMNO negeri itu tidak mengubah budayanya, walau sebanyak mana pun perancangan dan visi yang ditetapkan,…
Read MoreBerita pilihan…
Kematian akibat denggi meningkat
PUTRAJAYA 6 April – Kes kematian akibat demam denggi bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini meningkat 58 peratus berbanding tahun lalu, dengan tiga lagi kematian dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 iaitu antara 24 hingga 30 Mac. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata sejumlah 2,579 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-13 berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya. Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-13 adalah sebanyak 44,144 kes berbanding 28,587 kes bagi tempoh sama tahun 2023. “Terdapat…
Read MoreHari Raya: Lapangan terbang jadi tumpuan
SEPANG 6 April – Puluhan ribu penumpang dijangka membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 mulai hari ini hingga malam Aidilfitri, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata, waktu kemuncak penumpang mula balik kampung menggunakan pengangkutan udara ialah hari ini dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini. “Sabtu dan Ahad dijangka paling sibuk kerana kebanyakan ambil peluang cuti pada Isnin dan Selasa. Kebanyakan penerbangan sudah penuh hingga 9 April,” katanya selepas majlis pelepasan penumpang…
Read More