Akmal beri keterangan lebih dua jam

KOTA KINABALU 5 April – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pagi ini, termasuk berkaitan ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini. Beliau berkata keterangan diberikan mengenai laporan polis berkait ceramah berkenaan dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti atau perkara di Sabah. “Saya di Sabah hari ini bagi menghadiri program Pergerakan Pemuda UMNO di Beaufort dan majlis berbuka puasa, ada kita adakan di negeri-negeri lain sebelum ini. Sebaik tiba di KKIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota…

Read More

Dr Akmal ditahan polis di IPD KK

SEPANG 5 April – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh  ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah pagi ini. Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini, beliau mendakwa ditahan walaupun dijadualkan memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara esok. “Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,“ katanya di status itu. Status itu bagaimanapun tidak memaklumkan sebab penahanan tetapi ayat terakhirnya beliau menegaskan “Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,”. Mengikut rekod, pendirian itu berkaitan kempen boikot KK Mart yang…

Read More

Khairi Ketua Polis Terengganu

KUALA LUMPUR 5 April – Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggantikan Datuk Mohd Khairi Khairudin. Mohd Khari pula akan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu. Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad dalam satu kenyataan berkata, arahan pertukaran itu adalah antara 20 pertukaran yang turut membabitkan beberapa pegawai kanan lain yang akan berkuatkuasa mulai esok. Antara pegawai kanan lain yang bertukar jabatan adalah Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd…

Read More

Dasar AS bergantung perlindungan awam

GAZA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi isyarat paling kuat apabila memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa dasar AS mengenai Israel bergantung kepada perlindungan orang awam di Gaza. Amaran daripada Rumah Putih itu dibuat selepas serangan Israel membunuh tujuh pekerja bantuan ketika memunggah makanan di Gaza, mencetuskan kemarahan antarabangsa dan gesaan agar Israel mengekang serangannya. Dalam panggilan telefon pertamanya dengan Netanyahu sejak kematian pekerja badan amal World Central Kitchen (WCK) yang berpangkalan di AS, Biden menyifatkan serangan itu “tidak boleh diterima dan menggesa “gencatan senjata segera”. Menurut kenyataan…

Read More

Hanya Israel mampu lindungi agensi bantuan

NEW YORK: Tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh agensi bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi kakitangannya di Gaza melainkan Israel berusaha mengelak daripada menyasarkan kumpulan berkenaan. Ini kerana PBB dan agensi bantuan lain berkongsi lokasi semua premis dan pergerakan yang dirancang kepada pihak berkuasa Israel serta sentiasa berhubung setiap hari. Menurut PBB, sekurang-kurangnya 196 pekerja kemanusiaannya terkorban dalam perang selama enam bulan susulan Israel bertindak balas terhadap Hamas di Gaza berhubung serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel oleh Hamas. Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, penyelarasan hubungan…

Read More