Sudah cukup dunia lihat kengerian di Gaza

RAFAH: Dunia sudah cukup melihat keadaan ngeri yang meluas akibat peperangan di Semenanjung Gaza, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Justeru beliau merayu gencatan senjata dilaksanakan segera untuk membenarkan lebih banyak bantuan dibawa masuk ke kawasan dilanda krisis kemanusiaan yang semakin meruncing itu. Katanya, rakyat Palestin di Gaza sama ada kanak-kanak, wanita, lelaki – terus terperangkap dalam mimpi ngeri tanpa henti. “Saya membawa suara sebahagian besar dunia yang sudah cukup melihat komuniti dimusnahkan, kediaman dirobohkan, dan keseluruhan keluarga serta generasi dihapuskan,” katanya ketika melawat lintasan Rafah di…

Read More

Ganjar Pranowo pula fail petisyen

JAKARTA: Selepas Anies Baswedan, seorang lagi calon presiden Indonesia yang tewas pada pilihan raya lalu memfailkan petisyen di Mahkamah Perlembagaan bagi mencabar keputusan pilihan raya dimenangi Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. Pasukan undang-undang kepada calon Presiden, Ganjar Pranowo, memfailkan aduan semalam dengan menggesa pemilihan baharu diadakan semula, sekali gus menidakkan kemenangan Prabowo Subianto yang telah disahkan sebelum ini. Khamis lalu, pasukan undang-undang kepada Anies memfailkan kes, bagi memohon perintah mahkamah supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengecualikan penyertaan, Gibran Rakabuming Raka, iaitu anak Presiden Jokowi. Ia mendakwa pembabitan Gibran pada saat…

Read More