KUANTAN 24 Mac – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) minggu depan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan demikian susulan kebimbangan dibangkitkan oleh Premier Sarawak, Abang Johari Openg mengenai sistem itu. “Semalam saya sempat bincang dengan Premier Sarawak dan beliau menyuarakan beberapa kebimbangan serta membangkitkan beberapa persoalan. “Sehubungan itu, Menteri Ekonomi (Rafizi) diminta meneliti dan menjelaskannya kepada Jemaah Menteri,” katanya ketika diminta mengulas gesaan kerajaan negeri Sarawak agar pendaftaran dan kemas kini PADU di negeri itu ditangguhkan. Perdana Menteri ditemui…
Read MoreDay: March 23, 2024
Makanan naik bukan sebab bahan mentah
SEREMBAN 23 Mac – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali tidak menafikan berlaku kenaikan harga makanan di bazar Ramadan ketika ini. Bagaimanapun katanya , kenaikan itu bukan semuanya berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah di pasaran yang ditentukan pasaran. “Untuk kata semua harga barang keperluan harian naik, itu tidak betul kerana ia membabitkan tawaran dan permintaan. Bawang, minyak masak misalnya pernah naik tinggi sebelum ini. Saya ada terima laporan sebelum ini bahawa ada peniaga (bazar Ramadan) jual karipap sehingga RM3 sebiji, tetapi bila kita…
Read MoreSarawak minta perubahan PADU
KUCHING 23 Mac – Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta diisi dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu. Katanya, ia bukan bermakna kerajaan Sarawak tidak menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan, tetapi sekadar meminta PADU diteliti semula kerana melihat ada maklumat peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan. “Ini membabitkan maklumat peribadi. Jika tiada keraguan, sudah tentu kami akan menyokong PADU,…
Read MorePengawal jumpa RM500,000 terima anugerah
PETALING JAYA 23 Mac – Syarikat A5 Security Service menyampaikan anugerah kepada pengawal keselamatan yang menjumpai beg berisi wang tunai lebih RM500,000 di kawasan letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Rabu lalu. Sherpa Dawa, 39, warga Nepal itu menerima anugerah daripada majikannya, atas kejujurannya memulangkan wang dalam bagasi berkenaan. Majlis ringkas itu dikongsi menerusi laman Facebook rasmi syarikat itu di mana Pengarah A5 Security Service, Hardeep Singh Jaswant, berkata syarikat sangat menghargai sikap ditunjukkan Dawa. “Ia adalah jumlah yang banyak dan syarikat sangat hargai apa yang telah dilakukannya dan…
Read More