PUTRAJAYA 2 Mac – Majlis Ekonomi Bumiputera akan memantau perjalanan dan pelaksanaan segala inisiatif yang sudah dipersetujui kerajaan untuk dilaksana hasil Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pemantauan tertumpu kepada badan-badan yang dipertanggungjawab untuk melaksana segala inisiatif diumumkan menerusi kementerian, jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat swasta. “Ramai yang bertanya pengumuman ini kadang-kadang lunak bunyinya dan mungkin akan terpukau tetapi bagi yang lebih kritis pasti bertanya, apa seterusnya? Apakah ia hanya tinggal pengumuman. “Sebab itu saya setuju supaya Majlis Ekonomi Bumiputera yang saya pengerusikan,…
Read MoreDay: March 2, 2024
Pindaan beri laluan kosongkan 6 kerusi
KUALA LUMPUR 2 Mac – Enam kerusi Parlimen milik Bersatu perlu dikosongkan sekiranya wakil rakyat berkenaan masih kekal dengan pendirian untuk menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Ia susulan pindaan ke atas Perkara 10 Perlembagaan Bersatu yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Khas parti itu hari ini. Pindaan itu berkaitan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti. Jika ia kosong, maka pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan di enam kerusi yang diwakili Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd…
Read MoreBersatu hantar laporan pindaan kepada RoS
KUALA LUMPUR 2 Mac – Bersatu akan menghantar laporan mengenai pindaan Perkara 10 perlembagaan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mendapatkan kelulusan, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata , jika pindaan itu mendapat kelulusan RoS, maka ia akan dikuatkuasakan serta-merta. “Kita harap Speaker Dewan Rakyat ( Johari Abdul) akan menerima kenyataan itu dan maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi itu. “SPR akan menetapkan tarikh untuk kita adakan pilihan raya kecil (PRK) di semua kawasan terbabit. Ahli parti nampaknya cukup bersetuju dengan pindaan ini dan kita sudah…
Read MoreTunggakan TEKUN RM1.1 bilion
PETALING JAYA 2 Mac – Sejumlah 137,520 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mempunyai tunggakan pembiayaan melebihi enam bulan dengan jumlah keseluruhan RM1.1 bilion sehingga Januari tahun ini. Ia membabitkan peminjam dalam kalangan perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS), yang menjadi sebahagian daripada keseluruhan 789,489 peminjam TEKUN Nasional. Selangor merekodkan tunggakan pembiayaan paling tinggi dengan 22,662 usahawan, diikuti dengan Sabah dan Kedah masing-masing dengan 16,945 dan 14,823 usahawan. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), R Ramanan berkata, sehingga Januari lalu, kadar tunggakan pembiayaan adalah 12.66 peratus di…
Read MoreBerita pilihan…
Mesyuarat Menteri Luar OIC
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri Luar pada Selasa ini bagi membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin. Dalam satu kenyataan, OIC berkata sesi itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi. November lalu, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama di Riyadh, yang menerima pakai beberapa keputusan termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu kota dunia dan berusaha menghentikan perang Israel terhadap rakyat Palestin. Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak pencerobohan Hamas 7 Oktober telah membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita…
Read MoreKes demam denggi meningkat
PUTRAJAYA 2 Mac – Sebanyak 3,572 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 bagi tempoh 18 hingga 24 Februari, berbanding 3,483 pada minggu sebelumnya, dengan dua kematian akibat komplikasi dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata jumlah kumulatif kes demam denggi dilaporkan hingga ME08 ialah sebanyak 29,113 kes berbanding 17,388 bagi tempoh sama tahun lalu. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, 16 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 14 bagi tempoh sama pada 2023. Dari segi bilangan lokaliti hotspot pula, katanya, ia meningkat…
Read More