Diugut sokong PMX, Wan Saiful dihubungi SPRM

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Kurang sejam selepas mendedahkan tawaran habuan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan telah dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menerusi Facebooknya, Wan Saiful diminta menghubungi pegawai SPRM dipercayai bagi membuat laporan berhubung pendedahannya itu semasa sesi  perbahasan Titah Diraja hari kedua di Dewan Rakyat hari ini. Beliau yang menjangkakan pendedahannya akan dinafikan dan diperkecilkan akan mematuhi arahan SPRM itu. “Cuma saya nak tanya apa tindakan yang akan diambil untuk menghentikan penggunaan wang rakyat sebagai umpan kepada Ahli Parlimen…

Read More

Cukai baharu tampung kos khidmat hutang?

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mendakwa kerajaan terpaksa mengenakan pelbagai cukai baharu termasuk kenaikan cukai sedia ada demi menampung kos khidmat hutang (DSC) negara yang semakin meningkat. Antaranya Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG) 10 peratus bagi jualan dalam talian (e-dagang), Cukai Perkhidmatan Digital (DST) lapan peratus, Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) masing-masing 10 peratus. Beliau berkata, keadaan diparahkan dengan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus untuk elektrik dan air, selain caj bulanan untuk…

Read More

Operasi pembenihan awan

SUBANG JAYA 28 Feb. – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi menstabilkan paras dua empangan di utara Semenanjung Malaysia. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA, Meor Ismail Meor Akim, berkata dua empangan yang menjadi sasaran pada operasi itu ialah Empangan Ayer Hitam di Pulau Pinang dan Empangan Bukit Merah di Perak. Operasi pembenihan awan pada hari kedua itu diketuai oleh juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Khairil Azhar Ariffin bersama lapan anggota TUDM, selain masing-masing 15 petugas…

Read More

SST: 16.72 peratus pengguna SESB terkesan

KOTA KINABALU 28 Feb. – Seramai 95,982 atau 16.72 peratus pengguna Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Sabah dan Labuan terkesan berikutan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Mac. Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata jumlah itu mewakili pengguna yang menggunakan tenaga elektrik lebih 600 kilowatt perjam (kWh) atau bil bulanan lebih RM203. “Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar SST turut membabitkan pengguna di SESB tetapi bukan semua pengguna menerima kesan daripada kenaikan itu. “Hanya pengguna yang penggunaan elektrik mereka mencapai 600 kWh ke atas atau…

Read More

Pokok Sena boleh cecah 40 darjah Celsius

ALOR SETAR 28 Feb. – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di daerah Pokok Sena, di sini, dengan meramalkan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius hari ini. Enam daerah lain di Kedah termasuk Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star, dan Langkawi, sudah menerima amaran tahap satu, dengan suhu dijangka mencecah maksimum 37 darjah Celsius. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, suhu waktu siang di Pokok Sena boleh turun naik antara 37 darjah hingga 40 darjah Celsius untuk tempoh tiga hari akan datang. Bagi Kubang…

Read More

Raja Abdullah sertai misi kemanusiaan

GAZA: Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa. Video yang diterbitkan pejabat Raja Abdullah menunjukkan baginda menaiki pesawat dan menolak bungkusan bantuan diikuti peti yang lebih besar dijatuhkan dari ruang kargo. Raja Abdullah berkata, bantuan kemanusiaan untuk Gaza harus dilipatgandakan dalam usaha mengelakkan krisis kelaparan melibatkan lebih dua juta orang terus berpanjangan. Jordan dalam masa sama menggesa sekutu-sekutunya di Barat mendesak Israel meningkatkan bantuan yang datang dari kerajaan melalui Kerem Shalom di sempadan Mesir, Israel dan di luar…

Read More