10 kawasan tahap panas berjaga-jaga

PUTRAJAYA 17 Feb. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) merekodkan 10kawasan di seluruh negara yang mencatatkan suhu panas tahap berjaga-jaga setakat pukul 6 petang ini.

Sembilan kawasan direkodkan di Semenanjung dengan di Kedah membabitkan Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik dan Baling; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang; Kuala Kangsar, Perak dan daerah Beaufort, Sabah.

Menurut makluman jabatan itu di Facebook hari ini, suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius, sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan lazimnya kurang di kebanyakan tempat, terutama di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

Cuaca panas ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei dan dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment