PUTRAJAYA 17 Feb. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) merekodkan 10kawasan di seluruh negara yang mencatatkan suhu panas tahap berjaga-jaga setakat pukul 6 petang ini. Sembilan kawasan direkodkan di Semenanjung dengan di Kedah membabitkan Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik dan Baling; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang; Kuala Kangsar, Perak dan daerah Beaufort, Sabah. Menurut makluman jabatan itu di Facebook hari ini, suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius, sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada…
Read MoreDay: February 17, 2024
200,000 purata pengguna harian LRT
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024 susulan pembukaan semula laluan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya pada 6 pagi ini. Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah berkenaan bertambah berbanding 155,000 penumpang pada tahun lepas. Serentak dengan pembukaan semula laluan itu juga, kekerapan tren pada waktu puncak kembali normal dengan masa menunggu tiga minit bagi daerah pusat perniagaan (CBD) dan enam minit di luar daerah pusat perniagaan (non-CBD)…
Read MoreBeras Madani: Celaru, mana satu betul?
PUTRAJAYA 17 Feb. – Banyak pihak yang keliru berhubung pengumuman Kerajaan memperkenalkan kategori tunggal beras putih tempatan dan import yang diberi nama Beras Putih Malaysia Madani. Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin berkata, ia susulan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang semalam. Katanya, pada 14 Februari lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, mengumumkan Kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani, kategori tunggal beras putih tempatan dan import. Syed Abu Hussin berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama…
Read MoreGuna pakai draf RUU 355 sebelum ini
SEPANG 17 Feb. – Perikatan Nasional (PN) menyarankan kerajaan mengguna pakai draf RUU 355 yang disiapkan sebelum ini agar proses penggubalan tidak bermula daripada peringkat awal lebih-lebih lagi ia melibatkan pihak berkepentingan yang sama. Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary berkata, draf RUU 355 ini telah dibentang kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke-27 pada 11 hingga 12 Oktober 2021 serta telah melalui segala proses penggubalan mengikut tertib yang sepatutnya. Katanya, draf RUU 355 yang ada sebelum ini juga telah disemak dan diluluskan…
Read MoreBerita pilihan…
Belum ada ketetapan beras putih Madani
PUTRAJAYA 17 Feb. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) belum ada ketetapan ke atas cadangan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani. Menterinya, Mohamad Sabu, berkata KPKM bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semalam yang memaklumkan cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan datang. “KPKM ingin menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada 14 Februari…
Read MoreKembali ke pangkuan UPKO
TUARAN 17 Feb. – Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing kembali ke pangkuan parti itu selepas meninggalkannya pada Julai 2012. Turut bersama beliau kembali kepada UPKO kira-kira 100 bekas ahli dari Keningau, Tambunan, Tamparuli, Kiulu, Kota Belud dan Kuala Penyu. Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau mengambil keputusan berkenaan selepas melihat perjuangan UPKO dalam mempertahan hak dan kepentingan rakyat serta usaha yang dilakukan Presidennya, Ewon Benedick sejak mengambil alih kepemimpinan pada Januari tahun lalu. “Ewon dan UPKO terkehadapan dalam soal memperjuangkan hak 40 peratus…
Read More