Pendaftaran haji rakyat Saudi dibuka

JEDDAH: Warganegara dan ekspatriat di Arab Saudi yang ingin menunaikan ibadah haji boleh memohon melalui aplikasi Nusuk dan laman web Kementerian Haji dan Umrah mulai semalam dengan menawarkan empat pakej dengan kadar bayaran.

Empat pakej dengan kadar bayaran antara SR4,099 (RM5,208) dan SR13,265 (RM16,854) ditawarkan untuk jemaah haji domestik bagi musim haji 2024.

Pakej pertama pada harga SR10,366.10 (RM13,171) dengan peruntukan kem yang direka untuk perkhidmatan mewah dan tahap selesa untuk jemaah, manakala pakej kedua diperuntukkan kem di Mina pada harga SR8,092.55 (RM10,282)

Jemaah haji yang memilih pakej ketiga perlu membayar SR13,265.25 (RM16,854.62) dan mereka akan mendapat penginapan di salah satu daripada enam menara di Mina yang terletak berhampiran dengan Jambatan Jamarat.

Memetik laporan Saudi Gazette, jemaah haji domestik akan mendapat perkhidmatan dalam lingkungan ekonomi di bawah pakej keempat pada harga terendah SR4,099.75 (RM5,209).

Semua harga termasuk cukai nilai tambah (VAT), tetapi tidak termasuk kos pengangkutan ke dan dari Makkah melalui darat atau udara.

Kos pengangkutan pergi dan balik Makkah akan ditambah kepada harga pakej pertama dan kedua, manakala kos pengangkutan di Tapak Suci Mina, Arafat dan Muzdalifah dengan kereta api atau bas Mashair ditambah mengikut lokasi kem, sebagai tambahan kepada kos pengangkutan ke dan dari tempat perhimpunan.

Bagi pakej ketiga, pengangkutan melalui kereta api Mashair, manakala untuk pakej keempat ditambah kos pengangkutan dari kediaman jemaah di Makkah ke Mina untuk ibadah melontar di Jamarat dengan menaiki bas dan seterusnya menaiki kereta api Mashair pada hari-hari Tasyriq.

Related posts

Leave a Comment