Panas tahap satu 4 daerah di Utara

LANGKAWI 12 Feb. –  Langkawi antara empat daerah di Semenanjung yang diklasifikasi mengalami cuaca panas tahap satu selepas mencatat suhu harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini, berkata tiga lagi daerah yang turut mengalami cuaca panas itu adalah Pokok Sena di Kedah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Katanya, keempat-empat daerah terbabit mencatatkan suhu maksimum 37 darjah Celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan diletak dalam keadaan berjaga-jaga. Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga…

Read More

Lebih 100 terbunuh serangan di Rafah

RAFAH: Tentera penceroboh Israel mengebom bandar Rafah di selatan Gaza yang penuh sesak dengan penduduk pada awal pagi ini, menyebabkan lebih 100 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh  dengan ratusan lagi cedera. Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), mangsa dikejarkan ke hospital di seluruh bandar itu. Bulan Sabit Merah Palestin pula menyatakan bahawa Rafah sedang menyaksikan peningkatan serangan udara Israel yang tertumpu di pusat bandar yang turut menjejaskan kediaman berhampiran ibu pejabat Bulan Sabit Merah. Pengarah Hospital Kuwait di bandar itu, Suhaib Al-Hams, berkata hospital itu dipenuhi dengan pesakit yang…

Read More

Gantung lesen bas kena caj tiket mahal

TANJONG 12 Feb. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung lesen perkhidmatan bas ekspres terhadap  pengusaha yang sengaja mengenakan caj tiket mahal terhadap penumpang terutamanya ketika musim perayaan. Gesaan itu susulan aduan seorang penumpang yang mendakwa dirinya dan isteri dikenakan bayaran tiket berjumlah RM862 bagi perjalanan dua hala dari Johor Bahru ke Gopeng, Perak. Pegawai Pendidikan Kanan CAP, N V Subbarow, berkata pihaknya kecewa dan terkejut selepas menerima aduan yang dibuat secara peribadi oleh penumpang berkenaan. Katanya, penumpang itu memaklumkan membuat pembelian tiket…

Read More

Pendaftaran haji rakyat Saudi dibuka

JEDDAH: Warganegara dan ekspatriat di Arab Saudi yang ingin menunaikan ibadah haji boleh memohon melalui aplikasi Nusuk dan laman web Kementerian Haji dan Umrah mulai semalam dengan menawarkan empat pakej dengan kadar bayaran. Empat pakej dengan kadar bayaran antara SR4,099 (RM5,208) dan SR13,265 (RM16,854) ditawarkan untuk jemaah haji domestik bagi musim haji 2024. Pakej pertama pada harga SR10,366.10 (RM13,171) dengan peruntukan kem yang direka untuk perkhidmatan mewah dan tahap selesa untuk jemaah, manakala pakej kedua diperuntukkan kem di Mina pada harga SR8,092.55 (RM10,282) Jemaah haji yang memilih pakej ketiga perlu…

Read More

Calon Bebas parti Imran kuasai 102 kerusi

ISLAMABAD : Walaupun bertanding atas tiket Bebas dengan pelbagai simbol, calon yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri, Imran Khan, dilaporkan mendominasi Pilihan Raya Umum (PRU) Pakistan yang berlangsung 8 Februari lalu. Calon Bebas yang mewakili Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Imran memenangi 102 kerusi diikuti Parti Muslim League-Nawaz (PML-N) memperoleh 73 kerusi manakala Parti Rakyat Pakistan (PPP) meraih 54 kerusi. PML-N merupakan parti pimpinan bekas perdana menteri Nawaz Sharif manakala PPP diterajui bekas menteri luar Bilawal Bhutto Zardari. PTI tetap menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun parti itu berdepan pelbagai cabaran, termasuk…

Read More