Johor rombak Exco minggu depan

JOHOR BAHRU 11 Feb. – Kerajaan Negeri akan melakukan rombakan portfolio Exco minggu depan bagi memperkasakan lagi pentadbiran Johor, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi hari ini.

Beliau memberitahu demikian selepas mempengerusikan buat pertama kali Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini.

Khamis lalu, dalam majlis Tahun Baharu Cina di Kediaman Rasmi Menteri Besar bersama masyarakat Tionghua Johor, Onn Hafiz dilaporkan berkata beliau akan mengambil alih portfolio pelancongan.

Kenyataan itu memberi isyarat akan berlaku rombakan portfolio Exco yang sebelum ini heboh diperkatakan di negeri ini.

Onn Hafiz sebelum ini memegang portfolio Pelancongan, Belia dan Sukan, sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19, pada 15 Mac 2022.

Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor ketika ini disandang ADUN Tenggaroh, K Raven Kumar

Mesyuarat Perhubungan Negeri Johor berkenaan adalah yang pertama selepas Onn Hafiz dilantik sebagai Pengerusi UMNO Johor 6 Disember lalu menggantikan Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu selepas Pilihan Raya Negeri Johor, pada Mac 2022.

Hadir sama pada mesyuarat itu adalah Mohamed Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor,  Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment