Pemuda buat laporan polis terhadap Tony Pua

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa siasatan terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Pua didakwa mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong susulan pengurangan tempoh hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

“Insya-Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan seluruh negara oleh Pemuda UMNO atas kebiadapan dia mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jumpa di mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Pua yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara memuat naik beberapa hantaran di Facebook miliknya selepas keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

“Can someone send me to jail for 1 year and in exchange, pay me RM50mil?

Pretty please?, tulisnya.

(Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?”).

Sebelum ini, bekas Setiausaha Publisiti DAP itu antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lantang bersuara berkenaan salah laku ketika era pentadbiran Najib.

Pua pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyaksikan beliau menjadi individu penting yang mengusulkan agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas pemulangan aset untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta SRC International pada tahun 2020.

Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Menurut kenyatan yang dikeluarkan urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.

Dalam pada itu, Pua sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan hantaran terbaharu nya mengenai tawaran 50 peratus yang turut tertera Apamalubossku

Related posts

Leave a Comment