Tegur UMNO, Hassan sedia dipecat PKR

SEPANG 3 Feb. – Susulan teguran keras Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil hari ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim bersedia dikenakan tindakan pemecatan oleh pimpinan parti. Katanya, tidak ada kegetaran dan ketakutan di pihaknya atas teguran Menteri Komunikasi itu selaku Jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Ketua Penerangan PKR. Sambil bersikap positif dan bersangka baik atas teguran itu, Hassan berkata, memang wajar Fahmi menegur dengan keras anggota parti yang dianggap telah melakukan kesalahan disiplin kerana bersuara lantang. “Saya menjadi anggota Parti secara rasmi 46 tahun lalu pada 1978…

Read More

Pemuda buat laporan polis terhadap Tony Pua

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa siasatan terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Pua didakwa mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong susulan pengurangan tempoh hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak. “Insya-Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan seluruh negara oleh Pemuda UMNO atas kebiadapan dia mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jumpa…

Read More

MKT UMNO terus bela Najib

KUALA LUMPUR 3 Feb. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini, hari ini, bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti itu,i Najib Razak. MKT juga bersetuju pembelaan berkenaan adalah sesuai dengan laras undang-undang negara, selain berpegang pada keputusan Perhimpunan Agung UMNO berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri itu. “UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan. “Justeru, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini,” demikian menurut kenyataan parti itu  yang dikeluarkan selepas mesyuarat berlangsung pukul…

Read More

Bersih gesa Najib jalani hukuman penuh

SEPANG 3 Feb. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilaksanakan secara penuh sama seperti rakyat biasa yang melakukan kesalahan jenayah. Dalam kenyataannya, Jawatankuasa Pemandu Bersih berkata, walaupun Lembaga Pengampunan mempunyai hak perlembagaan memberi pengampunan, keputusan itu akan memberi kesan kepercayaan rakyat berhubung sistem keadilan negara. Menurutnya, negara tidak boleh memberi isyarat bahawa pemimpin politik yang melakukan kesalahan dan disabitkan bersalah mengambil jalan pintas untuk bebas daripada sebarang hukuman. “Mengapakah kes Najib Razak diberikan keutamaan untuk dipertimbangkan sedangkan hari ini masih…

Read More

Serangan berterusan di Gaza

GAZA : Israel melancarkan serangan terbaharu di Gaza semalam mengakibatkan beribu-ribu rakyat Palestin terpaksa melarikan diri jauh ke selatan mencari perlindungan. Serangan atau pengeboman oleh Israel berterusan walaupun negara pengantara, Qatar, berkata Hamas memberi sokongan ‘awal’ kepada syor pertukaran tahanan yang akan menghentikan perangnya dengan Israel. Dalam pada itu, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin, UNRWA menyifatkan krisis di Gaza sebagai ‘sangat teruk’ ketika ribut musim sejuk serta hujan lebat turut melanda wilayah pantai yang musnah. “Keadaan di Gaza sangat teruk dan mereka sangat terdesak serta ‘terhimpit’, manakala…

Read More

Dua maut nahas 7 kenderaan

IPOH 3 Feb. – Satu kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah itu pagi ini menyebabkan dua kematian manakala seorang mangsa yang patah tangan. Seorang daripada dua lelaki yang maut dalam nahas itu ditemukan dalam keadaan berkecai. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.46 pagi. “Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi. “Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit…

Read More