KUALA LUMPUR 3 Feb. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini, hari ini, bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti itu,i Najib Razak.
MKT juga bersetuju pembelaan berkenaan adalah sesuai dengan laras undang-undang negara, selain berpegang pada keputusan Perhimpunan Agung UMNO berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri itu.
“UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.
“Justeru, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini,” demikian menurut kenyataan parti itu yang dikeluarkan selepas mesyuarat berlangsung pukul 11.30 pagi tadi.
Mesyuarat khas yang berlangsung selama kira-kira dua jam setengah itu dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan turut dihadiri tiga Naib Presiden, Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan bagaimanapun tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana berada di luar negara bagi menghadiri lawatan rasmi kerajaan ke Brussels, Belgium.
