KUALA LUMPUR 26 Jan. – Pelaksanaan skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu juga terpakai kepada pelantikan politik, sama ada sebagai menteri, menteri besar dan wakil rakyat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, tidak ada masalah untuk melaksanakan peraturan itu dan apa saja keputusan yang ditetapkan bagi penjawat awam terpakai juga bagi ahli politik. “Maknanya, kalau kita mula pada 1 Februari 2024 dan semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua lantikan baharu ahli politik. Jadi ada orang kata mengapa tidak (termaktub sama ahli politik). Soal…
Read MoreDay: January 26, 2024
Wan Junaidi TYT Sarawak
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar, 77 dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan bagi tempoh empat tahun bermula hari ini sehingga 26 Januari 2028. Beliau menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di sini. Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Wan Junaidi, yang dilantik mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak menggantikan Abdul…
Read More10 lagi Ahli Parlimen Bersatu sokong PM?
PUCHONG 26 Jan. – Sepuluh lagi Ahli Parlimen Bersatu dijangka memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelang pembukaan sidang Parlimen, 26 Februari ini, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz. Beliau mendakwa lima Ahli Parlimen dari utara, iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak; tiga dari Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang serta dua lagi dari Selangor dan Melaka. Beliau berkata, keputusan itu dibuat Ahli Parlimen berkenaan kerana amat kecewa dengan parti, tidak dihargai dan terjaga. “ Bersatu tiada arah tuju yang jelas … jarang mengajak Ahli…
Read MoreDr Mahathir menulis mengenai PMX dan rasuah
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 1. PMX berkata ia akan lawan rasuah tanpa mengambil kira siapa yang terlibat. Tun Tun juga tidak akan dikecuali. 2. Saya ucap tahniah kepada PMX kerana ia sudah berjaya mengurangkan rasuah di Malaysia. 3. Yang pertama rasuah dikurangkan dengan menghenti dakwaan terhadap ke semua 47 kes Timbalan Perdana Menteri dalam mahkamah. Dengan ini 47 kes rasuah dikurangkan. 4. Rasuah dikurang lagi apabila statutory deklarasi Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar terlibat dengan rasuah sebanyak RM3 bilion tidak diteruskan tindakan (No further action). (Dengan ini RM3 bilion diselamatkan). 5.…
Read MoreBerita pilihan…
Diserang ketika menunggu bantuan
GAZA: Kementerian kesihatan di Gaza mendakwa tentera Israel membunuh 20 rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di pinggir Gaza City semalam. Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan rakyat kelaparan yang menunggu bantuan kemanusiaan di bulatan Kuwait di Gaza dengan 20 syahid dan 150 cedera. Dalam satu kenyataan berasingan, Hamas berkata insiden itu adalah jenayah perang yang mengerikan. Menurut Hamas, rejim Zionis dengan sengaja terus mengebom perhimpunan rakyat yang menunggu untuk menerima bantuan. Perang di Gaza meletus apabila Hamas melancarkan serangan 7 Oktober ke…
Read MoreQatar terkejut kenyataan Netanyahu
DOHA: Kerajaan Qatar sangat ‘terkejut’ dengan kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyifatkan peranan orang tengah negara itu dalam perang di Gaza sebagai “bermasalah.” Menurut Qatar, seandainya komen dikeluarkan Netanyahu itu benar, ia disifatkan sebagai “tidak bertanggungjawab” namun “tidak menghairankan.” Pada Selasa lalu, sebuah stesen TV Israel menyiarkan kenyataan Netanyahu seperti berikut: “Anda tidak mendengar saya berterima kasih kepada Qatar. Adakah anda perasan?” “Kenapa? Kerana bagi saya ia pada dasarnya tidak berbeza dengan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) atau Palang Merah, dan dalam erti kata tertentu lebih bermasalah – saya…
Read More