Kos garis bercahaya 20 kali ganda

JELI 6 Jan. – Garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’ membabitkan kos amat mahal sehingga hampir 20 kali ganda berbanding kaedah konvensional yang digunakan ketika ini. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) mengaku ada keperluan untuk memasang garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’ di Lebuh Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), Beliau berkata, pihaknya memang sudah melakukan kajian berhubung perkara itu dan mengadakan lawatan ke Hulu Langat, November lalu. “Ia  (garisan jalan bercahaya dalam gelap) nampak bagus, selain maklum balas…

Read More

Tiada majlis menghadap Sultan Johor

SEPANG 6 Jan. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda bermula hari ini sehingga 31 Januari. Dalam titah kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuat naik dalam Facebook hari ini, ketetapan itu terkecuali bagi majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor serta kerajaan negeri. “Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap. “Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang…

Read More

Arak, babi: Menteri cabar penyebar fitnah bersemuka

PUTRAJAYA 6 Jan. – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing mencabar penyebar fitnah menerusi aplikasi WhatsApp dengan menuduh beliau minum arak dan memakan daging babi di pejabat, tampil bersemuka dengannya. Menerusi kenyataan di Facebook, King Sing memberi tempoh dua minggu dan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang pada masa depan. Beliau turut meminta pihak membuat tuduhan terbabit agar mendedahkan identiti mereka jika perkara itu benar. “Tuduhan yang tidak berasas seperti ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya. Saya selalu menghormati semua kumpulan…

Read More

Dakwaan 8 lagi akan sokong PM masih relevan

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai lapan Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih relevan. Beliau mendakwa kumpulan itu sedang menunggu Sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 26 Februari hingga 1 April depan. “Tunggu dan lihat kerana Parlimen akan kembali bersidang pada 28 Februari dan ketika itu akan bermula. Kini mereka sedang menunggu dan melihat apa akan berlaku dalam tempoh dua bulan ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri…

Read More

Saya akan lawan – Isham Jalil

SEPANG 6 Jan. – “Saya akan lawan”. Itu reaksi, Isham Jalil berhubung laporan Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadapnya kerana menghina mahkamah, seterusnya memenjarakan atau mengenakan denda ke atas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu. Melalui hantaran di Facebooknya, beliau berkata, mengikut laporan akhbar, pihak Peguam Negara telah menghantar permohonan ini secara ex-parte ke mahkamah. “Pagi ini tiba-tiba keluar berita bahawa kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui Peguam Negara ingin memenjara saya atas kesalahan kononnya saya telah menghina mahkamah berkenaan kes Dato’ Sri…

Read More

10,000 botol ubat batuk dirampas

PUTRAJAYA 6 Jan. –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 10,000 botol ubat batuk siap dibungkus, 900 liter cecair disyaki ubat batuk di dalam mesin pengadun, dalam satu serbuan baru-baru ini. Serbuan dibuat di sebuah kilang disyaki memproses ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan, dan seorang wanita dipercayai bertanggungjawab mengendalikan premis itu itu turut ditahan. Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN,  Azman Adam, berkata dalam serbuan itu, turut dirampas kenderaan dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk memproses ubat berkenaan. “Kesemua bahan-bahan terbabit bersama beberapa dokumen…

Read More

Hasil selepas ‘semut bersatu’

KUALA LUMPUR 6 Jan. –  Seorang kerani, Nagakanni Subramaniam lega apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bersetuju membeli semula PERODUA Bezza miliknya yang rosak selepas lapan jam dibeli pada 17 Oktober lalu. Menerusi satu catatan pada akaun Facebook miliknya semalam, Nagakanni, 31, memberitahu, PERODUA bersedia membeli semula dengan harga penuh. Katanya, dengan perkembangan itu bermakna ia tidak lagi perlu membayar ansuran bulanan PERODUA Bezza itu manakala bayaran terdahulu akan dipulangkan semula. “PERODUA akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh. Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan…

Read More