PM Malaysia perlu sokongan Melayu – Kit Siang

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Tidak ada sesiapa pun akan dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa sokongan sejumlah besar semua kaum di dalam negara, terutamanya orang Melayu, kata veteran DAP,  Lim Kit Siang. Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menegaskan pendapatnya, seorang bukan Melayu tidak akan menjadi seorang Perdana Menteri dalam 100 tahun akan datang dan perkara ini mungkin tidak akan terjadi sama sekali. “Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bersetuju dengan kenyataan saya yang mengatakan Perlembagaan Malaysia membolehkan seorang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri dan beliau fikir, perkara…

Read More

Kerja erat supaya UMNO kembali kuat – Mat Sabu

KUALA LUMPUR 16 Dis. –  “Hurung betul-betul dan bekerja supaya UMNO kembali kuat” . Itu pesanan Mohamad Sabu kepada barisan Pemuda Amanah bagi memulihkan kedudukan di empat negeri, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Presiden Amanah itu berkata, Pemuda Amanah perlu menjadi peneraju dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di empat negeri yang ditadbir pembangkang, Perikatan Nasional. Beliau berkata, usaha itu perlu dilaksanakan bersama-sama kekuatan Pemuda UMNO, bagi memulihkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri-negeri berkenaan. “Untuk bertapak kembali di Kelantan dan Terengganu khususnya, kita…

Read More

Masjid, surau beri perhatian SOP Covid-19

PUTRAJAYA: Seluruh pengurusan masjid dan surau di negara ini dinasihatkan agar menitikberatkan semula prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 susulan kes jangkitannya yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, langkah-langkah pencegahan lebih awal perlu dilakukan. Justeru, para jemaah masjid dan surau dinasihatkan memakai pelitup muka khususnya bagi mereka yang bergejala dan juga berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik dan ibu mengandung. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, langkah berwaspada itu selaras dengan saranan Islam…

Read More

Kemusnahan, Gaza tidak layak dihuni

GAZA: Kemusnahan besar kawasan kediaman dan kedaifan yang semakin buruk di kem pelarian menjadikan Gaza lokasi yang tidak lagi layak dihuni oleh manusia, kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini. Beliau berkata, penduduk Gaza kini bersesak-sesak di kurang satu pertiga daripada wilayah asal berhampiran sempadan Mesir. Berucap di Forum Pelarian Global di Geneva, beliau menegaskan, kemasukan pelarian ke Rafah meningkat empat kali ganda daripada penduduk asal bandar itu menyebabkan sumber keperluan semakin mendesak di kawasan yang sudah menjadi sektor termiskin di Gaza.…

Read More

Lagi wartawan terbunuh di Gaza

GAZA: Seorang wartawan Al Jazeera dilaporkan maut dalam serangan Israel di Khan Younis, Gaza manakala rakan sekerjanya cedera ketika  sedang membuat laporan di sekolah Farhana di Khan Younis sebelum diserang Israel pada Jumaat. Menurut jurucakap rangkaian media itu, jurukamera Arab Al Jazeera Samer Abudaqa terbunuh dan rakannya Wael Dahdouh cedera. “Pihak penyelamat baru sahaja berjaya mendapatkan mayat jurukamera Samer Abudaqa, manakala wartawan yang cedera, terkena serpihan di lengan berjaya dibawa ke hospital Nasser untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Sejak perang 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 66 wartawan kebanyakannya Palestin terbunuh di samping…

Read More

Israel tertembak tiga tebusan Hamas

GAZA: Tentera Israel menembak mati tiga tebusan yang ditahan Hamas di Gaza setelah secara “tidak sengaja” mengenal pasti mereka sebagai ancaman, demikian menurut para pegawai tentera Israel. Tebusan tersebut terbunuh semasa pertempuran dengan Hamas di Gaza dan Israel menzahirkan ucapan takziah dan kesal kepada anggota keluarga mangsa sambil berkata siasatan “telus sepenuhnya” akan dijalankan ke atas insiden itu. “Semasa pertempuran di Shujayea, (tentera Israel) tidak sengaja mengenal pasti tiga tebusan warga Israel sebagai ancaman. Disebabkan itu, pasukan tentera menembak mereka dan mereka terbunuh. “(Tentera Israel) mula menyemak insiden itu segera.…

Read More